Permohonan PPC Ke Luar Negara 2024 Online (Program Pelajar Cemerlang)

Permohonan PPC Ke Luar Negara 2024 Online (Program Pelajar Cemerlang)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke Calon Guru Program Pelajar Cemerlang (PPC) Ke Luar Negara ambilan tahun 2024 bakal dibuka? Untuk makluman anda, permohonan PPC Ke Luar Negara 2024 boleh dibuat secara online mulai 14 Mac 2024 hingga 15 April 2024 menerusi Portal Rasmi PISMP. Berikut dikongsikan Permohonan Program Pelajar Cemerlang PPC Ke Luar Negara 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan PPC Ke Luar Negara 2024 Online (Program Pelajar Cemerlang)

Sedia maklum, PPC merupakan program yang diwujudkan untuk melahirkan bakal guru dalam bidang pendidikan Islam di sekolah terpilih seluruh negara. Pemohon yang layak akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun. Setelah tamat pengajian Ijazah, pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG selama satu 1 tahun di IPG sebelum berkhidmat.

Permohonan PPC Ke Luar Negara 2024 Online (Program Pelajar Cemerlang)

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi permohonan PPC Ke Luar Negara beserta syarat kelayakan permohonan dan bidang pengajian yang ditawarkan:

Tarikh Penting Permohonan PPC Ke Luar Negara 2024

◾Tarikh Permohonan: 14 Mac 2024 - 15 April 2024
◾Aplikasi Permohonan: 
KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my/index.cfm

Cara Permohonan PPC Ke Luar Negara 2024 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan PPC Ke Luar Negara sesi 2024 secara online:

1. Pemohon diminta layari ke Aplikasi  Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my/index.cfm

2. Untuk mengakses borang permohonan online PPC, pemohon baru perlu klik pada butang "Permohonan Baharu" terlebih dahulu.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Semak".

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup.

5. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

6. Pemohon perlu juga mengemukakan permohonan menyambung pengajian ke Timur Tengah kepada Bahagian Education Malaysia (BEM) melalui pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah. Adalah diingatkan kepada semua pemohon, kegagalan mengemukakan permohonan ke BEM boleh menyebabkan tawaran terbatal sekiranya ditawarkan. Urusan permohonan kepada BEM adalah dibawah tanggungan calon termasuk kos permohonan. Sila rujuk BEM untuk maklumat lanjut.

Info Penting:

* Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting proses pengambilan Program Pelajar
Cemerlang ke Luar Negara tahun 2024. Walau bagaimanapun KPM berhak meminda
sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.

* Calon mestilah menjalani saringan dan lulus e-UKCG sebelum dipanggil temu duga dan UKF.

* IPGM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.


Syarat Kelayakan PPC Ke Luar Negara 2024 (Program Pelajar Cemerlang)

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan PPC Ke Luar Negara:

1. Warganegara Malaysia
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004
3. Sihat tubuh badan
4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
5. Mestilah merupakan Lepasan SPM Tahun 2023 sahaja 

Senarai Bidang Pengajian Ditawarkan 

Bagi PPC Ke Luar Negara bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

🔷 Bidang Bahasa Arab (Lughah)
🔷 Bidang Pengajian Islam (Dirasat Islamiah)
🔷 Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

Permohonan PPC Ke Luar Negara 2024 Online (Program Pelajar Cemerlang)

Artikel Berkaitan:


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan IPG PISMP, sila hubungi di:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon: 03-8312 6731 / 6768 / 6760 / 6733 / 6693 (Isnin-Jumaat: Jam 8.00 pagi - 5.00 petang)

Selamat membuat permohonan kemasukan ke PPC Ke Luar Negara 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran PPC!

No comments

Powered by Blogger.