Apa Perbezaan Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma?

Apa Perbezaan Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma?|APA perbezaan antara program Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma? Panduan buat anda para pelajar yang ingin ketahui perbezaan Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma. Berikut dikongsikan Perbezaan Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma buat rujukan anda.

Apa Perbezaan Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma?

Sedia maklum, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini dilihat begitu buntu dalam membuat pilihan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ia disebabkan terdapat pelbagai pusat pengajian disediakan kepada mereka dengan penawaran jurusan yang menarik dan terkini. Antara program yang sering menjadi pilihan adalah Asasi, Matrikulasi, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (Tingkatan Enam), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kesemua program tersebut menawarkan tempoh pengajian yang telah ditetapkan dan terpulang kepada pelajar untuk memilih pusat pengajian yang mereka sukai.


Apa Perbezaan Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma?

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Perbezaan Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma:


Perbezaan Antara Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma?

1. Program Asasi

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun.

- Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

- Pusat Asasi UiTM ataupun Centre of Foundation Studies (UiTM Pusat Asasi telah ditubuhkan pada November 2009 dengan tujuan untuk menyediakan pelajar untuk mengikuti program ijazah di UiTM dan Institusi awam yang lain Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Antara Program pre-degree akademik yang ditawarkan ialah Asasi Undang-undang (LAW), Asasi Kejuruteraan (Kejuruteraan), Asasi TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) & Asasi Sains (Sains).

- Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains.

- Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

- Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka.

- Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.


2. Tingkatan 6 (STPM)

- Bagi lepasan SPM yang layak dan cukup syarat ke Tingkatan 6 (lulus SPM dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan memenuhi syarat khas yang lain) akan ditawarkan secara automatik. Kepada mereka yang tidak mendapat tawaran, pelajar boleh membuat rayuan kemasukan dalam tempoh rayuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

- Jurusan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains dan Jurusan Kemanusiaan.

- Antara kelebihan memasuki Tingkatan 6 adalah ianya diiktiraf bagi kemasukan kebanyakan universiti di serata dunia. Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.

- Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Pointer nak masuk universiti menggunakan STPM tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, Diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti.


3. Diploma IPTA

- Bagi program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu.

- Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

- Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

- Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPUOnline atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah.


4. Program Matrikulasi KPM

- Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Terdapat 4 jurusan yang ditawarkan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal.

- Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

- Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajar akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester.

- Lulusan Matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati.

- Jumlah Bayaran Yuran Matrikulasi

Kadar yuran pendaftaran Matrikulasi terkini adalah seperti berikut:

◾Jurusan Sains
Program Satu Tahun : RM580
Kolej MARA : RM500
Program Dua Tahun : RM580

◾Jurusan Perakaunan
Program Satu Tahun : RM530
Kolej MARA : RM500

◾Aliran Teknikal
Program Satu Tahun : RM580


Perbezaan Umum Antara Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma

1. Bagi mereka yang memilih untuk mengikuti program asasi ataupun matrikulasi akan menamatkan program pengajian peringkat sarjana muda dalam tempoh yang lebih cepat berbanding mana program pra-universiti lain. Ini adalah suatu kelebihan buat pelajar-pelajar yang memilih program ini kerana mereka akan dapat memasuki alam perkerjaan dengan lebih awal.

2. Oleh kerana program asasi dan matrikulasi merupakan jalan terpantas untuk calon mendapat ijazah sarjana muda jadi mereka perlulah melalui proses pembelajaran yang sangat intensif dan mencabar kerana banyak perkara yang perlu dipelajari dalam masa yang singkat. Walaupun begitu segala kesusahan ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah.

3. Secara umumnya program Matrikulasi sesuai untuk mereka yang belum pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manakala program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

4. Perbezaan yang paling ketara antara program Asasi dan Matrikulasi dengan program Diploma adalah tempoh masa pengajian. Program Diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun yang bermaksud proses pembelajaran tidak begitu padat berbanding program Matrikulasi. Selain itu, pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semester (3 tahun) berbanding 2 semester untuk program Asasi dan Matrikulasi yang hanya setahun.

Semoga perkongsian Perbezaan Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma ini dijadikan rujukan buat para pelajar semua!

No comments

Powered by Blogger.