Permohonan DPLI UMS 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan DPLI UMS 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan DPLI UMS (Universiti Malaysia Sabah) 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke DPLI UMS Eksekutif Mod Cuti Sekolah ambilan September 2023. Untuk makluman anda, permohonan DPLI UMS 2023 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 30 April 2023. Berikut dikongsikan Permohonan DPLI UMS 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan DPLI UMS 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Program DPLI UMS Eksekutif Mod Cuti Sekolah merupakan kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah. Antara keistimewaan program ini, jadual pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Eksekutif UMS (Mod Cuti Sekolah) dirangka secara sistematik bagi memenuhi perkhidmatan pendidikan berkualiti secara digital dan hibrid selari dengan permintaan pasaran pekerjaan khususnya dalam aliran sains sosial.


Permohonan DPLI UMS 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan DPLI UMS termasuk syarat kemasukan, yuran pengajian dan semakan keputusan:


Kelebihan Program DPLI Eksekutif UMS

1. Yuran Pengajian berpatutan

2. Dijalankan semasa cuti persekolahan

3. Jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18 bulan)

4. Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi

5. Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


Syarat Kemasukan DPLI UMS 2023

Antara Syarat Kemasukan DPLI UMS ambilan 2023 adalah seperti berikut:

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh permohonan dibuat.

3. Sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program yang dirangka untuk kursus ini.

4. Tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan/swasta atau kursus dalam tempoh cuti.

5. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75; atau

6. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti; dan

7. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan

8. Prinsipal Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat STPM/Setaraf.


Cara Permohonan DPLI UMS 2023 Online

1. Layari pautan secara online di https://linktr.ee/dpliums2023.

2. Kemudian, klik butang “Daftar Permohonan.”

3. Klik pada butang "Apply Now". Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik pada “Register.”

4. Login dan lengkapkan permohonan anda.

Permohonan DPLI UMS 2023 Online (Semakan Keputusan)


Semakan Keputusan DPLI UMS 2023 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan DPLI UMS tahun 2023:

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan DPLI UMS, sila layari laman web https://linktr.ee/dpliums2023

Semoga perkongsian Permohonan DPLI UMS tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan DPLI UMS!

No comments

Powered by Blogger.