Permohonan Biasiswa PIDM 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa PIDM 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa PIDM tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ambilan 2023. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa PIDM 2023 boleh dibuat secara online sehingga 21 April 2023 menerusi Portal Rasmi PIDM. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa PIDM 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa PIDM 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, Program Biasiswa PIDM diwujudkan bertujuan untuk menyokong penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi tempatan. Pembiayaan yang ditaja disalurkan kepada pelajar untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di IPT dalam negara.

Permohonan Biasiswa PIDM 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Biasiswa PIDM beserta syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa PIDM 2023 Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web PIDM secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.pidm.gov.my/my/lagi/program-biasiswa-sarjana-muda

Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM 2023

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa PIDM adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2019) dan merupakan penuntut sepenuh masa;

2. Hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) /STPM atau setara A-Level (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Level, pemohon harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi, atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 ke atas.

3. Penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), dalam kolej atau universiti di Malaysia yang diluluskan oleh PIDM;

4. Tidak dapat meneruskan pengajian kursus tanpa bantuan atau anugerah kewangan;

5. Tidak menerima biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan lain daripada mana-mana institusi atau mana-mana organisasi atau yayasan lain;

Senarai Bidang Pengajian Yang Ditaja

Perakaunan, Perbankan, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan, Perniagaan Antarabangsa, Perbankan Islam, Perbankan dan Pengurusan Kewangan, Sains Komputer /Teknologi Maklumat, Ekonomi, Ekonomi Kewangan Antarabangsa, Statistik, Sains Aktuari, Undang-undang / Undang-undang Syariah, Pengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia, Matematik (Aktuari), Pengurusan Risiko dan Insurans, Insurans, Komunikasi

Senarai Kolej Atau Universiti Yang Diluluskan

A. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Malaya (UM)
5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
10. Universiti Putra Malaysia (UPM)
11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
12. Universiti Sains Malaysia (USM)
13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
14. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
15. Universiti Utara Malaysia (UUM)
16. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
18. Universiti Malaysia Kelantan

B. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

1. Multimedia University (MMU)
2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
3. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
4. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
5. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
6. Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)
7. UNITAR International University (UNITAR)

Semakan Keputusan Biasiswa PIDM 2023 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PIDM, sila hubungi ke alamat e-mel kami di ss@pidm.gov.my atau boleh menghubungi Pn Beatrice Low di  03-2173 7475

Selamat membuat permohonan Biasiswa PIDM tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa PIDM!

2 comments:

  1. Hi, boleh saya tahu bila keputusan permohonan biasiswa undergraduate PIDM?

    ReplyDelete
  2. bila tawaran terbaru biasiswa ini

    ReplyDelete

Powered by Blogger.