Permohonan Biasiswa PIDM 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa PIDM 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa PIDM tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ambilan 2024. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa PIDM 2024 boleh dibuat secara online mulai 25 Mac 2024 sehingga 26 April 2024 menerusi Portal Rasmi PIDM. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa PIDM 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa PIDM 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, Program Biasiswa PIDM diwujudkan bertujuan untuk menyokong penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi tempatan. Pembiayaan yang ditaja disalurkan kepada pelajar untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di IPT dalam negara. Bagi pelajar atau mereka yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta, mereka boleh memohon Program Biasiswa Sarjana Muda daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Permohonan Biasiswa PIDM 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Biasiswa PIDM beserta syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa PIDM 2024 Online

1. Layari Laman Web PIDM secara online menerusi pautan di https://www.pidm.gov.my/.

2. Klik butang ‘Click on This to Register’ dan klik butang ‘Yes.’

3. Kemudian, isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik pada butang ‘Create Account.’

4. Masukkan Username dan Password yang disahkan dan klik butang ‘Sign In.’

Senarai Bidang Pengajian Yang Ditaja

◾Keutamaan akan diberikan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengan kemahiran digital seperti sains komputer, teknologi maklumat, analisis data, pendigitalan, kecerdasan buatan, reka bentuk teknologi, pengatucaraan, keselamatan siber dan kursus-kursus lain yang berkaitan.
 
◾Bidang-bidang pengajian lain seperti pengurusan risiko, sains aktuari, perbankan dan kewangan, statistik, ekonomi, perakaunan dan kelestarian juga akan dipertimbangkan.

Pembiayaan Biasiswa Sarjana Muda PIDM

- Program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000.

- Secara spesifiknya, pelajar akan menerima pembiayaan dan juga menjalani program seperti berikut:

1. Pembiayaan sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah.
2. Pembiayaan sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun.
3. Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;
4. Program Mentor dan Bimbingan: Penerima biasiswa akan mendapat sokongan daripada mentor yang terdiri daripada kalangan tenaga kerja PIDM dan alumni penerima biasiswa yang akan memberi bimbingan dan memantau perkembangan penerima biasiswa secara berterusan sepanjang tempoh program.
5. Penerima biasiswa akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman kumpulan mentor ini.
6. Program Latihan Praktikal: Penuntut mungkin ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).

Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM 2024

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa PIDM adalah seperti berikut:

1. Pelajar merupakan warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2024).

2. Permohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti.

3. Pemohon hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A).

4. Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 dan ke atas.

5. Pemohon merupakan seorang penuntut sepenuh masa atau sedang menunggu tawaran kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (“LAN”), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM.

6. Pemohon tidak dapat meneruskan pengajian sekiranya tanpa bantuan kewangan.

7. Pemohon tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain.

8. Pemohon tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon.

9. Hanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (“QS”) dan Times Higher Education Rankings (“THE”) akan diberi pertimbangan.

Untuk mendapatkan biasiswa ini, senarai prasyarat merangkumi:

- Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa.
- Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM.
- Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.

Senarai Kolej Atau Universiti Yang Diluluskan

A. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Malaya (UM)
5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
10. Universiti Putra Malaysia (UPM)
11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
12. Universiti Sains Malaysia (USM)
13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
14. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
15. Universiti Utara Malaysia (UUM)
16. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
18. Universiti Malaysia Kelantan

B. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

1. Multimedia University (MMU)
2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
3. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
4. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
5. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
6. Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)
7. UNITAR International University (UNITAR)

Semakan Keputusan Biasiswa PIDM 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Biasiswa PIDM tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Permohonan Biasiswa PIDM 2024 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PIDM, sila hubungi ke alamat e-mel kami di ss@pidm.gov.my atau layari di https://www.pidm.gov.my/

Selamat membuat permohonan Biasiswa PIDM tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa PIDM!

2 comments:

  1. Hi, boleh saya tahu bila keputusan permohonan biasiswa undergraduate PIDM?

    ReplyDelete
  2. bila tawaran terbaru biasiswa ini

    ReplyDelete

Powered by Blogger.