Login APDM 2022 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)

Login APDM 2022 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)|BAGAIMANA cara login masuk sistem APDM? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara login Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) secara online. Berikut dikongsikan Cara Login APDM tahun 2022 Online buat panduan anda.

Login APDM 2020 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)

Untuk makluman anda, Aplikasi Pangkalan Data Murid atau mudah dikenali sebagai APDM merupakan satu sistem pangkalan data murid secara dalam talian yang bertujuan menyimpan segala maklumat berkenaan murid yang akan digunapakai ketika mengisi aplikasi SAPS. Sistem ini yang juga dikenali sebagai Model Pengurusan Murid yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengelakkan guru-guru daripada mengemaskini data berulang kali dalam sistem perkhidmatan online.

Login APDM 2022 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Login APDM 2022 secara online termasuk cara kemaskini APDM:

Cara Login Masuk APDM 2022 Online

1. Layari Portal Rasmi Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://apdm.moe.gov.my/

2. Log masuk APDM dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.

3. Klik pada butang 'Masuk' dan isikan maklumat kehadiran murid.

Fungsi Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid

Berikut adalah fungsi-fungsi sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid:

1. Boleh membuat pendaftaran kelas baru bagi kemasukan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.

2. Mendaftarkan murid ke dalam kelas yang ditetapkan melalui senarai data murid dalam Tetapan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.

3. Menyemak maklumat murid jika ada perubahan.

4. Melakukan pindahan kelas.

5. Mengesahkan semua maklumat murid.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan APDM, boleh terus hubungi di;

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, Aras 3 & 4,  Blok E2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Email : azila.hamzah@moe.gov.my

Semoga perkongsian Cara Login APDM tahun 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.