Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023 bakal dibuka? Perhatian buat pemohon anak kelahiran di Negeri Sembilan yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023 bakal dibuka secara online mulai 1 Januari 2023 menerusi laman sesawang Yayasan Negeri Sembilan. Berikut dikongsikan Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) sebelum ini telah mewujudkan satu inisiatif kepada mahasiswa anak Negeri Sembilan iaitu "Bantuan Sara Hidup (BSH) 2023 Mahasiswa Anak Negeri Sembilan" yang bertujuan membantu mahasiswa di universiti awam (UA). BSH ini telah diwujudkan sejak tahun 2019 bagi membantu mahasiswa anak Negeri Sembilan yang memerlukan.


Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan termasuk syarat kelayakan, jumlah bantuan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023 Online

1. Muat turun borang permohonan BSH 2023 di laman web Yayasan Negeri Sembilan https://yns.gov.my.

2. Sediakan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/Wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).

3. Kemudian, borang BSH dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/Wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.

4. Isikan dan muat naik semua dokumen yang disahkan di pautan  https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScHyGdcPAupWDrph5gVF4s5-YFb2dAnmusg5fctI9r0GHTK9A/closedform.

Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023 Online (Semakan Keputusan)

Jumlah Bantuan

- Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah RM150.00 sebulan selama setahun.


Syarat Kelayakan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023

Antara syarat kelayakan permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja

2. Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 6 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5

3. Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja

4. Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 1 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon)

5. Hanya layak pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM4,210.00 iaitu B40 ke bawah


Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

- Borang BSH

- Salinan kad pengenalan pelajar

- Surat pengesahan belajar

- Surat tawaran belajar

- Akaun bank-penyata slip depan sahaja

- Sijil Berhenti Sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5 (jika bukan lahir di Negeri Sembilan)

- Penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan bapa

- Penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu

- Lain-lain seperti sijil kematian atau sijil cerai


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan mengenai BSH 2023, sila layari laman web YNS di pautan https://www.yns.gov.my/v7/ms/bahagian/pendidikan/pembangunan-insan/bantuan-sara-hidup

Semoga perkongsian Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.