Login SSDM 2023 Sistem Sahsiah Diri Murid Online (Cara Daftar)

Login SSDM 2023 Sistem Sahsiah Diri Murid Online (Cara Daftar)|APA itu Sistem Sahsiah Diri Murid? Untuk makluman anda, Sistem Sahsiah Diri Murid atau juga dikenali sebagai SSDM merupakan salah satu modul penambahbaikan daripada Sistem Salah Laku Disiplin Murid yang digunapakai sebelum ini dan berkait rapat dengan modul APDM sekolah. Berikut dikongsikan Cara Login SSDM 2023 Online buat rujukan anda.

Login SSDM 2020 Sistem Sahsiah Diri Murid Online

Sedia maklum, kini SSDM telah dinaiktaraf menjadi SSDM 2.0. SSDM terdiri daripada 4 kategori pengguna iaitu Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH). Tujuan SSDM dilaksanakan adalah untuk merekod salahlaku pelajar ketika berada di sekolah bagi mengatasi masalah disipin di kalangan murid. Selain itu, ia juga nemudahkan guru untuk membuat rujukan untuk kegunaan akan datang.

Login SSDM 2023 Sistem Sahsiah Diri Murid Online (Cara Daftar)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara login SSDM 2023 (Sistem Sahsiah Diri Murid) termasuk cara daftar dan senarai salah laku disiplin murid:

Cara Login SSDM 2023 Online

1. Layari Portal Rasmi SSDM secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://ssdm.moe.gov.my/

2. Masukkan ID dan Kata Laluan yang didaftarkan. Kemudian, klik butang ‘Masuk.’

3. Bagi ID Pengguna dan kata laluan, pengguna boleh hubungi pegawai SSDM di JPN/Bahagian untuk mengetahuinya.

4. Setelah berjaya masuk, pengguna akan melihat menu-menu paparan utama yang disediakan seperti berikut:
– Maklumat terkini
– Tukar kata laluan
– Maklumat sekolah
– Maklumat murid
– Laporan
– Muat Turun
– Pengesahan
– Log keluar

5. Perkara yang berkaitan dengan murid boleh diakses melalui bahagian ‘Maklumat Murid’ seperti yang disediakan.

6. Selain itu, pengguna boleh mengemaskini maklumat seperti senarai salah laku dan disiplin, perbuatan baik dan sebagainya.

7. Surat amaran juga boleh dicetak selepas maklumat disiplin dan salah laku dikemaskini.

Fungsi SSDM

Sistem ini dapat digunakan untuk melaksanakan program-program seperti berikut:

- Merekod kes-kes salahlaku murid.
- Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah.
- Menjana dan memaparkan laporan statistik salah laku.
- Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap.

Manual Pengguna Mengikut Kategori

1. Manual Pengguna Sekolah - Manual penggunaan SSDM online bagi tahap pengguna Sekolah

2. Manual Pengguna PPD - Manual penggunaan SSDM online bagi tahap pengguna PPD

3. Manual Pengguna JPN - Manual penggunaan SSDM online bagi tahap pengguna JPN

4. Manual Pengguna BPSH - Manual penggunaan SSDM online bagi tahap pengguna di Kementerian, iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

5. Slide Latihan Pengguna Sekolah - Slide manual penggunaan SSDM online dalam bentuk powerpoint

Senarai Salah Laku Disiplin Murid 2023

*Akan dikemaskini


Cara Daftar SSDM 2023 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SSDM, sila email pihak admin SSDM di alamat adminssdm@moe.gov.my atau hubungi di:

UNIT DISIPLIN
SEKTOR HAL EHWAL MURID
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 3 & 4, BLOK E2,
PARCEL E,
62604 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-88849339 & 03-88849451

Semoga perkongsian Cara Login SSDM 2023 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.