Permohonan Matrikulasi 2021/2022 Online (Borang)
Permohonan Matrikulasi 2021/2022 Online (Borang)|BILAKAH tarikh permohonan Matrikulasi KPM ambilan 2021 bakal dibuka? Perhatian buat lepasan SPM/ Setaraf yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ambilan tahun 2021/2022. Untuk makluman anda, permohonan Matrikulasi KPM 2021 boleh dibuat secara online mulai bulan Februari 2021 menerusi Portal Rasmi Matrikulasi.
Sedia maklum, terdapat dua program yang ditawarkan di Matrikulasi KPM iaitu Program Matrikulasi Dua Tahun dan Program Matrikulasi Empat Tahun.
Permohonan Matrikulasi 2021/2022 Online (Borang)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program Matrikulasi termasuk syarat kemasukan dan syarat minimum:Tarikh Penting Permohonan Matrikulasi 2021/2022
◾Tarikh Permohonan: -◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://matrikulasi.moe.gov.my
Cara Permohonan Matrikulasi KPM 2021 Online
1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi Matrikulasi secara online menerusi pautan seperti berikut:KLIK 👉 https://matrikulasi.moe.gov.my
2. Pastikan membeli No. PIN berharga RM 10.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan mengakses borang secara online.
3. Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja).
4. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang 'HANTAR' dan 'CETAK' borang permohonan sebagai bukti.
Syarat Kemasukan Matrikulasi KPM 2021
Berikut dikongsikan syarat kemasukan Program Matrikulasi KPM 2021:◾Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2018
Syarat Kelayakan Minimum Matrikulasi 2021
Antara syarat kelayakan minimum kemasukan Matrikulasi adalah seperti berikut:
A) Jurusan Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi
B) Jurusan Perakaunan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)
C) Aliran Teknikal
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan
Info Penting Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2021
*Akan dikemaskini
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dihubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian hotline 03 - 8884 4083 atau layari Portal Rasmi KPM di pautan http://www.moe.gov.my/.
Selamat membuat Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi tahun 2021/2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke program Matrikulasi!
Post a Comment