Permohonan Matrikulasi 2023/2024 Online (Borang)
Permohonan Matrikulasi 2023/2024 Online (Borang)|BILAKAH tarikh permohonan Matrikulasi KPM ambilan 2023/2024 bakal dibuka? Perhatian buat lepasan SPM/ Setaraf yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi ambilan tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Matrikulasi KPM 2023 boleh dibuat secara online mulai 16 Januari 2023 hingga 16 April 2023 menerusi Portal Rasmi Matrikulasi. Berikut dikongsikan Permohonan Matrikulasi 2023/2024 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, terdapat dua program yang ditawarkan di Matrikulasi KPM iaitu Program Matrikulasi Dua Tahun dan Program Matrikulasi Empat Tahun. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum. Bagi lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPUOnline atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah.
Permohonan Matrikulasi 2023/2024 Online (Borang)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program Matrikulasi KPM termasuk syarat kemasukan dan syarat minimum:Tarikh Penting Permohonan Matrikulasi 2023
◾Tarikh Permohonan: 16 Januari 2023◾Aplikasi Permohonan: 16 April 2023
KLIK 👉 https://matrikulasi.moe.gov.my
Cara Permohonan Matrikulasi KPM 2023 Online
1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi Matrikulasi secara online menerusi pautan seperti berikut:KLIK 👉 https://matrikulasi.moe.gov.my
2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
3. Kemudian, klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
4. Masukkan No Kad Pengenalan dan Angka Giliran SPM dan klik butang ‘Cari.’
5. Seterusnya, isikan maklumat diri dan klik pada butang ‘Daftar.’
6. Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan. Isikan maklumat dengan betul dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
7. Klik butang Hantar Permohonan. Anda perlu cetak borang permohonan sebagai rujukan.
Syarat Kemasukan Matrikulasi KPM 2023
Berikut dikongsikan syarat kemasukan Program Matrikulasi KPM:◾Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2018
Syarat Kelayakan Minimum Matrikulasi 2023
Antara syarat kelayakan minimum kemasukan Matrikulasi adalah seperti berikut:
A) Jurusan Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi
B) Jurusan Perakaunan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)
C) Aliran Teknikal
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan
Info Penting Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2023
*Akan dikemaskini
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Matrikulasi, boleh dihubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian hotline 03 - 8884 4083 atau layari Portal Rasmi KPM di pautan http://www.moe.gov.my/.
Selamat membuat Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi tahun 2023/2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke program Matrikulasi!
Post a Comment