Permohonan Guru Ganti MySTEP 2024 Online (Borang)

Permohonan Guru Ganti MySTEP 2024 Online (Borang)|ADAKAH anda berminat menjadi sebagai guru ganti MySTEP? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Guru Ganti Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Guru Ganti MySTEP 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) dan juga melalui Pejabat Pendidikan Negeri (JPN) negeri masing-masing mengikut kekosongan jawatan yang ditawarkan pada setiap tahun. Berikut dikongsikan Permohonan Guru Ganti MySTEP 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Guru Ganti 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih tiada di sekolah bagi suatu tempoh tertentu. Guru Ganti yang terdiri daripada pelajar lulusan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan atau pengalaman telah dilantik secara kontrak bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan berturutan. Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Permohonan Guru Ganti MySTEP 2024 Online (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Permohonan Guru Ganti Sekolah Rendah & Menengah beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Guru Ganti MySTEP 2024 Online

1. Pertama kali, anda perlu pergi ke pejabat pendidikan daerah (PPD) ambil borang. Anda boleh pilih samada mengajar di sekolah menengah atau sekolah rendah.

2. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://ppdkbb.moe.gov.my

3. Pihak PPD yang akan buat keputusan samada permohonan anda diluluskan atau tidak untuk diterima menjadi guru ganti.

4. Lengkapkan permohonan guru ganti dan hantar semula ke PPD.

5. Kemudian, apabila anda dapat tawaran, akan dimaklumkan juga bila perlu anda lapor diri sebagai guru ganti.

6. Pada hari lapor diri, anda perlu berjumpa dengan pengetua untuk sekolah menengah dan guru besar untuk sekolah rendah. Selain itu, berjumpa pula dengan guru penolong kanan GPK untuk mendapatkan jadual mengajar.

Syarat Kelayakan Permohonan Guru Ganti 2024

Antara Syarat Kelayakan Guru Ganti adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak cacat pancaindera
3. Berumur antara 18 - 30 tahun (Bukan Siswazah) dan 18 - 35 tahun (Siswazah)
4. Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
5. Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam : Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi
6. Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina : Kepujian Bahasa Cina (SPM)
7. Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil : Kepujian Bahasa Tamil (SPM)

Iklan Permohonan Jawatan Guru Ganti MySTEP 2024

Berikut adalah maklumat iklan Permohonan Jawatan Guru Ganti MySTEP tahun 2024:

A. Kekosongan Guru Ganti Selangor 2024

- Iklan Pengambilan Personel MySTEP (Guru Ganti) Pejabat Pendidikan Daerah Klang Tahun 2023
- Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat Pendidikan Daerah Klang.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Mac 2023.

B. Kekosongan Guru Ganti Sarawak 2024

- Iklan Pengambilan Personel MySTEP (Guru Ganti) Pejabat Pendidikan Daerah Miri Tahun 2023
- Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat Pendidikan Daerah Miri atau di pautan https://bit.ly/MohonMySTEP2023
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Mac 2023.

Semakan Keputusan Guru Ganti MySTEP 2024 Online

*Akan dikemaskini

Artikel Berkaitan:


Semoga perkongsian Permohonan Guru Ganti 2024 Sekolah Rendah & Menengah ini dijadikan rujukan buat anda semua!

6 comments:

  1. bila permohonan akan dibuka semula?

    ReplyDelete
  2. Adakah permohonan sudah dibuka?

    ReplyDelete
  3. Permohonan utk 2023 dah dibuka ke?

    ReplyDelete
  4. Link yang disediakan boleh diakses ke? sebab saya tak boleh . Dan permohonan untuk tahun 2023 sudah dibuka ke? dan kalau belum, bilakah tarikh permohanan akan dibuka?

    ReplyDelete
  5. adakah permohonan 2024 telah dibuka?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.