Permohonan Bantuan Pahang Pride Student 2023 (Kad Diskaun Pelajar)

Permohonan Bantuan Pahang Pride Student 2023 (Kad Diskaun Pelajar)|APA itu Bantuan Pahang Pride Student? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Pahang Pride Student (Kad Diskaun Pelajar) tahun 2023. Untuk makluman anda, Kerajaan Negeri Pahang sebelum ini telah mengumumkan bantuan khusus kepada pelajar di Negeri Pahang menerusi Pahang Pride Student. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Pahang Pride Student 2023 buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Pahang Pride Student 2023 (Kad Diskaun Pelajar)

Sedia maklum, Pahang Pride Student merupakan bantuan dari Kerajaan Negeri Pahang yang diberikan khusus kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah di negeri tersebut. Inisiatif ini dijalankan hasil daripada kerjasama yang wujud antara kerajaan negeri dan MBS Book & Stationeries. Pahang Pride Student akan menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk pembelian di MBS BookStore sepanjang tahun, dan dijangka melibatkan sekitar 150,000 ketua isi rumah. Selain itu, untuk mereka dari kategori miskin dan miskin tegar, Bantuan Set Peralatan Sekolah bernilai RM120 akan diberikan yang melibatkan sekitar 50,000 orang pelajar.


Permohonan Bantuan Pahang Pride Student 2023 (Kad Diskaun Pelajar)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Pahang Pride Student termasuk syarat kelayakan Kad Diskaun Pelajar:


Bantuan Yang Diberikan

Menerusi inisiatif ini, terdapat 2 bantuan yang akan diterima pelajar iaitu:

- Kad diskaun sebanyak 20% kepada Ketua Isi Rumah untuk membeli barangan kelengkapan sekolah.

- Wang Tunai RM100 kepada pelajar kategori miskin dan miskin tegar bagi membeli barangan keperluan persekolahan.


Syarat Kelayakan Pahang Pride Student 2023

Antara syarat kelayakan untuk menerima kad diskaun ini adalah seperti berikut:

- Ketua Isi Rumah dari kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850) yang mempunyai anak yang masih bersekolah; atau

- Ketua Isi Rumah dari kumpulan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah.


Senarai Lokasi Kedai MBS

Untuk menggunakan kad diskaun pelajar ini, penggunaan kad tersebut hanya boleh dibuat di MBS Books & Stationery di negeri Pahang sahaja seperti berikut:

- MBSWorld, Kuantan

- MBSECM, East Coast Mall, Kuantan

- MBS Temerloh

- MBS Bera

- MBS Maran

- MBS Jengka

- MBS Mentakab

- MBS Limbong

- MBS Pekan

- MBS Jerantut

- MBS Chukai

- MBS Muadzam

- MBS Raub

- MBS Lipis

- MBS Art Store, Kuantan

- MBS Air Putih

- MBS Balok

- MBS Taman Tas

- MBS Indera Mahkota

- MBS Bentong

- MBS Rompin (akan dibuka)

Permohonan Bantuan Pahang Pride Student 2023 (Kad Diskaun Pelajar)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pahang Pride Student, sila layari laman web https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/02/23/238000-pelajar-terima-manfaat-pahang-pride-student/.

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Pahang Pride Student 2023 (Kad Diskaun Pelajar) ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.