Permohonan STR 2023 Online (Cara Kemaskini)

Permohonan STR 2023 Online (Cara Kemaskini)|BILAKAH tarikh permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2023 boleh dibuat secara online mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2023 menerusi Portal Rasmi STR. Berikut dikongsikan Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan STR 2023 Online (Cara Kemaskini)


Sedia maklum, menerusi pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan STR 2023 akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion. Sumbangan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai STR tahun 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion. Bantuan tahunan oleh Kerajaan sebelum ini turut dikenali dengan nama Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).


Permohonan STR 2023 Online (Cara Kemaskini)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah termasuk borang kemaskini STR dan tarikh pembayaran:


Cara Permohonan Baharu STR 2023 Online

A. PERMOHONAN DALAM TALIAN

- Tarikh: 1-31 Mac 2023

- Permohonan STR boleh dibuat secara online melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my.

- Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul. Kemudian, klik pada butang "Hantar".

B. PERMOHONAN SECARA MANUAL / FIZIKAL

- Tarikh: 8-31 Mac 2023

- Pemohon boleh mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR dengan hadir ke:-

1. Pejabat LHDNM

2. Pejabat Satelit (PS) LHDNM

3. Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM

4. Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Permohonan STR 2023 Online (Cara Kemaskini)


Cara Kemaskini STR 2023 Online

1. Sila layari Portal Rasmi STR 2023 di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

2. Klik butang "Log Masuk".

3. Kemudian, klik butang kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang berkenaan.

4. Semak semula maklumat pemohon dan simpan salinan untuk rujukan anda.


Siapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru/ Kemaskini STR?

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta

2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau

3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemaskini permohonan STR adalah seperti berikut:

1. Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022

2. Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini


Syarat Kelayakan STR 2023

- Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.

- Bayaran bagi STR 2023 Fasa 1 dan 2 menggunakan maklumat penerima BKM 2022 dan pembayaran Fasa 3 dan 4 akan menggunakan maklumat penerima STR 2023.


Tarikh Pembayaran STR 2023

Berikut dikongsikan Tarikh Pembayaran STR tahun 2023:

  Fasa Pembayaran       Tarikh Pembayaran


Fasa 1                 Bermula 17 Januari 2023

                                secara berperingkat

Fasa 2              April*

Fasa 3                 Julai*

Fasa 4                 November*


Lupa Kata Laluan STR / Semakan Password STR

- Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

- Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan STR, boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Semoga perkongsian Permohonan STR tahun 2023 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.