Pendaftaran Peperiksaan MUET Express (MeX) 2024 Online

Pendaftaran Peperiksaan MUET Express (MeX) 2024 Online|PANDUAN buat calon yang berhasrat untuk mendaftar peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi Tahun 2024, mereka boleh membuat pendaftaran menerusi MUET Express (MeX). Untuk makluman anda, tarikh pendaftaran Peperiksaan MUET Express 2024 adalah mulai 26 Februari 2024 sehingga tarikh tutup pada 3 Mac 2024 menerusi Portal Rasmi MPM. Berikut dikongsikan Cara Pendaftaran Peperiksaan MUET Express 2024 Online buat rujukan anda.

Pendaftaran Peperiksaan MUET Express (MeX) 2024 Online

Pendaftaran Peperiksaan MUET Express (MeX) 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara pendaftaran Peperiksaan MUET Express (MeX) termasuk tarikh ujian dan yuran pendaftaran:


Tarikh Pendaftaran Peperiksaan MUET Express 2024

1. Tarikh pendaftaran Peperiksaan MUET Express adalah pada 26 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024.


Tarikh Ujian MUET Express Tahun 2024

Tarikh ujian MUET Express seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Pendaftaran Peperiksaan MUET Express (MeX) 2024 Online

Cara Pendaftaran Peperiksaan MUET Express 2024 Online 

1. Layari laman web MUET di Portal MPM iaitu www.mpm.edu.my.

2. Kemudian, klik pada ‘Portal MPM.’

3. Klik pada bahagian ‘Calon Peperiksaan.’

4. Seterusnya, klik pada MUET Express. Klik ‘Pendaftaran Mex.’

5. Masukkan maklumat pendaftaran yang diperlukan dengan lengkap.

6. Bagi calon sekolah atau institusi pula perlu mendaftar melalui sekolah/institusi masing-masing.


Komponen Peperiksaan MUET

Komponen peperiksaan MUET mengandungi 4 kertas peperiksaan iaitu:

Kod Kertas          Nama Kertas

800/1              Listening (50 minit)

800/2              Speaking (30 minit)

800/3              Reading (75 minit)

800/4              Writing (75 minit)


Yuran Pendaftaran MUET Express 

Yuran pendaftaran bagi calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET Express ini adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia: RM800

◾Bukan Warganegara: RM1600


Semakan Keputusan Ujian MUET Express 2024

1. Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh akhir ujian.

2. Calon juga boleh menyemak keputusan ujian MeX melalui portal MPM atau pautan terus di http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/.

3. Sijil Calon Persendirian Individu akan dipos kepada calon mengikut alamat surat menyurat yang calon gunakan semasa membuat pendaftaran. Pengeposan adalah menggunakan Pos Laju.

4. MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya Sijil MUET hilang semasa penghantaran pos atau tidak sampai ke alamat calon. Sekiranya calon tidak menerima sijil selepas tiga minggu keputusan MeX diumumkan, calon boleh mengemukakan permohonan mendapatkan Salinan Sijil MeX dengan melengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET/MoD/MeX [MPM/S2 (Pindaan 2024)] dengan bayaran RM60.00 secara perbankan internet.


Pendaftaran Peperiksaan MUET Express (MeX) 2024 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan MUET Express, sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di https://muet.mpm.edu.my/.

Semoga perkongsian Pendaftaran Peperiksaan MUET Express ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.