Semakan Keputusan Sekolah Khusus 2023/2024 (PKSK) Online
Semakan Keputusan Sekolah Khusus 2023/2024 (PKSK) Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Sekolah Khusus tahun 2023 bakal diumumkan? Perhatian buat para pelajar yang ingin membuat semakan keputusan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2023. Untuk makluman anda, semakan keputusan Sekolah Khusus 2023/2024 boleh dibuat secara online mulai 17 Mac 2023 (Hari Jumaat) menerusi Portal Rasmi KPM. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Sekolah Khusus 2023/2024 (PKSK) Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, PKSK merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point. Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.
Semakan Keputusan Sekolah Khusus 2023/2024 (PKSK) Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Keputusan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 secara online:
Tarikh Keputusan PKSK 2023 Diumumkan
◾Tarikh Semakan: Mulai 17 Mac 2023 (Hari Jumaat)
Cara Semakan Keputusan PKSK 2023 Online (Tingkatan 1 dan 4)
1. Pautan semakan keputusan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah seperti berikut:
◾Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
◾Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/
2. Masukkan No. Kad Pengenalan yang didaftarkan dalam sistem. Klik pada butang "Semak".
3. Keputusan Sekolah Khusus anda akan dipaparkan di screen.
Senarai Sekolah Khusus Yang Terdapat Di Malaysia
Antara Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Tarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2023
- Pendaftaran Sekolah Khusus 2023 dijangka pada bulan April 2023.
- Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
◾Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh – 03-8321 7400
◾Maktab Tentera Diraja – 03-8946 5562
◾Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional – 03 8884 5154
Selamat membuat Semakan Keputusan Sekolah Khusus tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Khusus!
Post a Comment