Semakan Keputusan KV dan SMT 2023 Online

Semakan Keputusan KV dan SMT 2023 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan 2023 bakal diumumkan? Perhatian buat anda yang ingin membuat semakan keputusan tawaran KV dan SMT tahun 2023. Untuk makluman anda, semakan keputusan KV dan SMT 2023 boleh dibuat secara online mulai 17 Mac 2023 menerusi Portal Rasmi KPM. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan KV dan SMT 2023 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan KV dan SMT 2018 Online

Sedia maklum, tarikh semakan keputusan dan tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2023 turut akan diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui portal rasmi. Antara kelebihan melanjutkan pelajaran ke KV dan SMT adalah mempunyai peluang yang cerah dalam mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian kerana kerajaan telah mengiktiraf dan memerlukan tenaga kerja yang khusus dalam bidang TVET bagi merealisasikan Revolusi Perindustrian 4.0 dalam negara.

Semakan Keputusan KV dan SMT 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi semakan keputusan Kolej Vokasional dan SMT secara online:

Tarikh Penting Keputusan Kolej Vokasional dan SMT 2023

◾Tarikh Semakan: 17 Mac 2023 (Hari Jumaat)
◾Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://spskt1.moe.gov.my/ (Tingkatan 1)
KLIK 👉 https://spskt4.moe.gov.my/ (Tingkatan 4)

Cara Semakan Keputusan KV dan SMT 2023 Online

1. Layari Portal Rasmi KPM secara online menerusi pautan di https://spskt1.moe.gov.my/ bagi Tingkatan 1 manakala https://spskt4.moe.gov.my/ untuk Tingkatan 4.

2. Masukkan No MyKad anda dalam ruangan yang disediakan di laman sistem semakan berkenaan.

3. Kemudian, klik pada butang semakan untuk ketahui status keputusan permohonan anda.

Permohonan Rayuan KV dan SMT 2023

1. Permohonan rayuan kemasukan ke KV dan SMT 2023 boleh dibuat mulai 17 Mac 2023.

2. Dokumen yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama surat rayuan ke mana-mana KV / SMT seperti berikut:

◾Borang walk-in / rayuan
◾Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan)
◾Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Artikel Berkaitan:

👉 Contoh Surat Rayuan Permohonan KV & SMT

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SMT dan KV, sila hubungi di:-

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 5&6, Blok E14, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604 Putrajaya

Tel : 03 – 8884 5154
Faks : 03 – 8884 5033
Emel : info@bptv.edu.my

Selamat membuat Semakan Keputusan KV dan SMT tahun 2023 secara online! Tahniah diucapkan bagi yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke KV dan SMT!

No comments

Powered by Blogger.