Permohonan Sekolah Khusus 2022 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)

Permohonan Sekolah Khusus 2022 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)|BILAKAH tarikh permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 1 & 4 tahun 2022 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar UPSR dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2021 yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus (PKS) tahun 2022. Untuk makluman anda, permohonan Sekolah Khusus 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 10 Oktober 2021 hingga 15 November 2021 menerusi laman sesawang https://spskt1.moe.gov.my (Tingkatan 1) dan https://spskt4.moe.gov.my (Tingkatan 4).

Permohonan Sekolah Khusus 2021 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)

Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan pelajar ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke sekolah khusus dinamakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus atau ringkasnya PKSK diwujudkan sebaik pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional serta Maktab Tentera Diraja (MTD).

Permohonan Sekolah Khusus 2022 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Sekolah Khusus (PKSK) 2022 termasuk syarat kelayakan permohonan, tarikh penting dan semakan keputusan:

Apa Itu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?

PKSK merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Cara Permohonan Sekolah Khusus 2022 Online

1. Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4.

2. Tarikh permohonan mulai 10 Oktober 2021 hingga 15 November 2021.

3. Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar APDM) untuk memasuki sistem.

4. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

5. Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

Syarat Kelayakan Permohonan PKSK 2022

Antara syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah seperti berikut:

- Warganegara Malaysia
- Mendaftar dalam sistem APDM KPM
- Murid Tahun 6 Tahun 2021
Berumur 12 tahun atau
Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010
- Murid Tingkatan 3 2021
Berumur 15 tahun atau
Lahir pada 2 Januari 2006 – 1 Januari 2007

Tarikh Penting Kemasukan PKSK 2022

Berikut dikongsikan Tarikh Penting Kemasukan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) tahun 2022:

*Akan dikemaskini

Tarikh dan Lokasi PKSK Tahun 2022

PKSK akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan di seluruh negara pada 17 hingga 22 Januari 2021 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 7 hingga 17 Februari 2021 bagi
Tingkatan 4 (Empat).

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan soalan lazim Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus boleh layari ke laman https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/lain-lain/soalan-lazim-faq/3664-faq-pentaksiran-kemasukan-sekolah-khusus-pksk

Semoga perkongsian Permohonan Sekolah Khusus 2022 Tingkatan 1 & 4 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.