Permohonan UPU 2024/2025 Online (Lepasan SPM/STPM)

Permohonan UPU 2024/2025 Online (Lepasan SPM/STPM)|BILAKAH tarikh permohonan UPU ambilan 2024 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti ambilan tahun 2024. Menerusi Portal Rasmi UPUOnline, permohonan UPU 2024/2025 (lepasan SPM/STPM) bakal dibuka secara online pada 29 Februari 2024 (Hari Khamis) jam 12 tengahari hingga tarikh tutup pada 29 Mac 2024. Manakala bagi Permohonan UPUOnline Fasa 2 akan dibuka mulai 29 April 2024 hingga 9 Jun 2024. Berikut dikongsikan Permohonan UPU 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan UPU 2021/2022 Online (Borang)

Sedia maklum, untuk mengakses borang permohonan UPUOnline, pemohon perlu untuk membeli No. Pin Unik ID di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Permohonan memasuki UA/ IPTA adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/ MyKad sahaja. Dua kategori permohonan yang layak memohon adalah pelajar lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.

Permohonan UPU 2024/2025 Online (Lepasan SPM/STPM)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan UPU 2024 Online termasuk borang permohonan, syarat kemasukan dan aplikasi permohonan:

Tarikh Penting Permohonan UPU 2024 (Lepasan SPM/STPM)

◾FASA 1: 29 Februari 2024 - 29 Mac 2024 
◾FASA 2: 29 April 2024 - 9 Jun 2024
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://upu.mohe.gov.my/

Cara Permohonan UPU Sesi 2024/2025 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan kemasukan UPUOnline ambilan 2024 secara online:

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi UPUOnline secara online untuk membuat permohonan seperti berikut:
KLIK 👉 https://upu.mohe.gov.my/
ATAU:

2. Pastikan kategori yang anda pilih adalah betul.

3. Semak syarat kelayakan UPU terlebih dahulu di e-Panduan UPUOnline.

4. Semak tren permohonan dan penawaran.

5. Kemudian, isikan borang permohonan UPUOnline anda maklumat dengan lengkap dan betul.

6. Pilih pilihan program mengikut keutamaan. Lengkapkan borang permohonan diruangan yang disediakan sehingga selesai.

7. Klik pada butang “SIMPAN” dan Cetak slip permohonan UPUOnline.

8. Pastikan simpan slip permohonan anda sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Syarat Am & Kategori Permohonan UPUOnline 2024 (Lepasan SPM/STPM)


Syarat Kemasukan UPU 2024/2025

Terdapat banyak program pengajian dan kursus yang ditawarkan di UPU. Untuk membuat semakan syarat kelayakan berdasarkan kelulusan akademik anda, sila rujuk Sistem Aplikasi Online Semakan Syarat Kelayakan dibawah:

◾Universiti Awam (UA)/ IPTA: ePanduan
◾Politeknik Premier, Konvensional dan METrO: e-Semak Politeknik

Iklan Permohonan Kemasukan UPU Sesi 2024/2025

Permohonan UPU 2024/2025 Online (Lepasan SPM/STPM)

Dasar Pemilihan Meritokrasi

- Dasar pemilihan UPU online adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai:-

◾90% MARKAH AKADEMIK
◾10% MARKAH KOKURIKULUM

- Pemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor seperti berikut:

Permohonan UPU 2023/2024 Online (Fasa 2)

Artikel Berkaitan:


Join Channel Telegram UPUOnline 2024/2025


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUOnline 2024, sila layari laman web UPU di https://upu.mohe.gov.my/

No. Hotline : 03 – 8684 2363
E-mel : upu@mohe.gov.my
TikTok : @bkpaupu
Channel Telegram : UPUONLINE CHANNEL 
Aplikasi UPUPocket : UPUPOCKET

Selamat membuat Permohonan UPUOnline ambilan 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPU!

18 comments:

  1. Hi kalau mohon intake first 2023 dijangka bila akan masuk ke university? I lepasan diploma nak sambung degree

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii i pun cari cara untuk masuk degree intake 2023, any extra info you can share to me?

      Delete
    2. hai i pon sama . if anyone knows hmu !

      Delete
    3. same let me know kalau ada info about it

      Delete
    4. siiiiiiuuuuuuuuuu

      Delete
    5. Saya bru nk apply ipta utk this year, bila ye buka permohonan ?

      Delete
  2. Let me know jugak

    ReplyDelete
  3. hi. intake degree 2023 akan masuk oktober nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ka ni untuk first intake ?

      Delete
    2. asalam nk tanya adakah tarikh kemasukan ipta yang berjaya melalui upu online fasa pertama adakah sama dengan fasa kedua atau untuk fasa yang pertama masuk terlebih dahulu

      Delete
  4. siiiiiiiiiiiiiiiiiiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  5. May i know upu bukak bila dan adakah ianya akan dibuka sekali sahaja?

    ReplyDelete
  6. Web imascu dh takde ke . Kalu nk check syarat kelayakan kena melalui e-Panduan ya

    ReplyDelete
  7. Untuk result spm 2015 boleh apply ke?

    ReplyDelete
  8. boleh ke mohon upu lepasan spm 2019 nak belajar 😭

    ReplyDelete
  9. Nak Tanya ni result spm 2020 boleh apply up bagi than 2024/2025

    ReplyDelete
  10. Apa beza spm kategori a dgn b?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.