Kategori Permohonan UPU 2024 Lepasan SPM dan STPM/Setaraf

Kategori Permohonan UPU 2024 Lepasan SPM dan STPM/Setaraf|ADAKAH anda ingin menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA)? Perhatian buat para pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan ke UA/ IPTA/ ILKA/ Politeknik dan Kolej Komuniti ambilan tahun 2024. Sebelum anda ingin membuat permohonan secara online, pastikan anda perlu ketahui terlebih dahulu kategori permohonan UPU bagi lepasan SPM dan lepasan STPM/setaraf. Untuk makluman anda, permohonan UPU sesi 2024/2025 bakal dibuka secara online mulai 29 Februari 2024 hingga 29 Mac 2024 menerusi Portal Rasmi UPU Online.

Kategori Permohonan UPU 2024 Lepasan SPM dan STPM/Setaraf

Sedia maklum, Permohonan UPUOnline kemasukan ke UA/IPTA adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ My Kad sahaja.

Kategori Permohonan UPU 2024 Lepasan SPM dan STPM/Setaraf

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai kategori permohonan UPU 2024/2025 mengikut kelayakan dan tahun:

Senarai Kategori Permohonan UPUOnline 2024

A. LEPASAN SPM/ SETARAF

Senarai kategori pemohonan untuk lepasan SPM adalah seperti berikut:-

Kategori A
◾Pemohon yang menggunakan kelayakan  SPM tahun 2023 (Tahun Semasa) sahaja

Kategori B
◾Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2022 & 2021 (Bukan Tahun Semasa)

B. LEPASAN STPM/ SETARAF

Senarai kategori pemohonan untuk lepasan STPM/ setaraf adalah seperti berikut:-

1. Kategori A, S

◾STPM 2023
Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:

Kategori A : Aliran Sastera
Kategori S : Aliran Sains

2. Kategori N, P, U, L, K, J, M, V

◾Pelajar Matrikulasi KPM/ Asasi PASUM/
Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:

Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi PASUM dan Asasi UiTM
Kategori P : Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
Kategori U : Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
Kategori J : Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.
Kategori M : Aliran Sains Sosial UM
Kategori V : Aliran TVET Politeknik 

3. Kategori T

◾STAM 2023/2022

4. Kategori E, F, G

◾Diploma/Setaraf 

Kategori E : Kelayakan DKM/ DLKM/ DVM/ Lain-Lain Diploma 
- Diploma Kemahiran Awam (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
- Diploma Vokasional Malaysia
- Diploma IPTS/ Luar negara / ILKA / Lain-lain Kelayakan

Kategori F : Kelayakan Setaraf
- A Level
- International Baccalaureate Diploma (IBD)
- Sekolah Sukan
- STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
- Matrikulasi KPM/ Asasi (BUKAN TAHUN SEMASA)
- STAM (Dua (2) Tahun Sebelum Tahun Semasa)
- AUSMAT/ SAM / CPU
- Asasi IPTS

Kategori G : Diploma UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti
- Diploma UA
- Diploma Politeknik/ Kolej Komuniti 

Kategori Permohonan UPU 2024 Lepasan SPM dan STPM/Setaraf

Kategori Permohonan UPU 2024 Lepasan SPM dan STPM/Setaraf

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan UPUOnline

Join Channel Telegram UPUOnline 2024/2025


Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUOnline, sila layari laman web UPU di https://upu.mohe.gov.my/

Selamat perkongsian Kategori Permohonan UPU 2024 Lepasan SPM dan STPM ini dijadikan rujukan buat para pelajar!

1 comment:

Powered by Blogger.