Permohonan Politeknik 2024/2025 Online (Jun & Disember)

Permohonan Politeknik 2024/2025 Online (Jun & Disember)|BILAKAH tarikh kemasukan ke Politeknik di seluruh Malaysia ambilan 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM (bukan tahun semasa), lepasan Sijil Politeknik/ Kolej Komuniti/ Kolej Vokasional/ Institut Tinggi PERDA/ Institut Kemahiran MARA/ Institut Pertanian Malaysia dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3), lepasan STPM, lepasan STAM, lepasan sekolah pendidikan khas dan pemilik sijil APEL yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Politeknik ambilan tahun 2024/2025. Untuk makluman anda, permohonan Politeknik 2024/2025 boleh dibuat secara online mulai 3 April 2024 sehingga 10 Mei 2024 menerusi Portal Rasmi eBorang MyPolycc. Berikut dikongsikan Permohonan Politeknik 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Politeknik 2020 Online (Jun & Disember)

Sedia maklum, terdapat 33 buah Politeknik di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 3 jenis politeknik iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METRO. Tarikh sama juga yang terpakai untuk permohonan UA, Matrikulasi, IPG, ILKA dan Kolej Komuniti. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi 1: 2024/2025 ke program Sijil dan Diploma di 36 Politeknik dan 105 Kolej Komuniti melalui e-Borang MyPolyCC telah dibuka bermula 3 April 2024. Terdapat dua (2) program baharu yang akan ditawarkan untuk Sesi I: 2024/2025 iaitu Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Marin dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan Marin. Tiada penggunaan nombor PIN untuk mengakses e-Borang MyPolyCC. 

Permohonan Politeknik 2024/2025 Online (Jun & Disember)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Politeknik ambilan 2024 beserta tarikh penting dan syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan Politeknik 2024

◾Tarikh Permohonan: 3 April 2024 - 10 Mei 2024
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 http://ambilan.mypolycc.edu.my

Cara Permohonan Politeknik 2024 Online

1. Permohonan kemasukan ke Politeknik boleh dibuat secara online di Portal Rasmi eBorang MyPolycc menerusi pautan seperti berikut:

2. Bagi permohonan kali pertama, masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan diruangan yang disediakan.

Permohonan Politeknik 2024/2025 Online (Jun & Disember)

3. Klik pada butang "Masuk".

4. Kemudian, isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap. Klik pada butang "Daftar".

5. Pastikan anda perlu mencetak Slip Maklumat Permohonan Kemasukan sebagai rujukan masa hadapan.

Info Penting:
*Terdapat dua (2) program baharu yang akan ditawarkan untuk Sesi I: 2024/2025 iaitu Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Marin dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan Marin. 
*Tiada penggunaan nombor PIN untuk mengakses e-Borang MyPolyCC.

Syarat Kemasukan Politeknik 2024

Antara syarat-syarat kemasukan ke Politeknik adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Boleh membaca, menulis dan mengira
3. Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4. Serta mendapat kepujian dalam 5 mata pelajaran yang lain

Senarai Kursus Pengajian Yang Ditawarkan di Politeknik

Antara Senarai Kursus Pengajian Yang Ditawarkan di Politeknik adalah seperti berikut:

KLIK 👉 Senarai Kursus Pengajian Politeknik

Senarai Alamat dan Lokasi Politeknik di Malaysia


Yuran Pengajian Sepenuh Masa Politeknik

Yuran Pengajian: RM 200
◾Yuran Asrama: RM 60-RM630
*Tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan
◾Bayaran Pelbagai Semester 1: Maksimum RM 600
◾Semester seterusnya: Maksimum RM 150

Iklan Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi 2024/2025

Permohonan Politeknik 2024/2025 Online (Jun & Disember)

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut permohonan Politeknik, sila hubungi di:

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03 - 8888 3837
No. Faks: 03 - 8888 2111
Emel: jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Selamat membuat permohonan kemasukan ke Politeknik ambilan 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Politeknik Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.