Permohonan Timur Tengah Maghribi 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Timur Tengah Morocco 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke Timur Tengah (Maghribi) ambilan 2024 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar Lepasan SPM yang berkelayakan membuat permohonan pengajian Timur Tengah Morocco tahun 2024/2025. Untuk makluman anda, permohonan Timur Tengah Maghribi 2024 boleh dibuat secara online mulai 24 Mei 2024 hingga tarikh tutup 30 Mei 2024 jam 11:59 malam. Berikut dikongsikan Permohonan Timur Tengah Maghribi 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Timur Tengah Morocco 2023/2024 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempelawa pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan Pengajian ke Morocco dalam Program Ijazah Sarjana Muda bagi Pengajian Islam. Permohonan hanya diproses oleh KPT sahaja. Pihak KPT hanya menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Morocco sahaja. Manakala yuran pengajian ditanggung/ diuruskan sendiri oleh pelajar yang memohon.

Permohonan Timur Tengah Maghribi 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan pengajian Timur Tengah Maghribi termasuk syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Timur Tengah Maghribi 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi DOHE secara online menerusi pautan di https://dohe.mohe.gov.my/morocco/.

2. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan dalam talian. Sila pastikan emel yang didaftarkan adalah aktif serta nama penuh dan nombor kad pengenalan anda adalah betul.

3. Setelah membuat pendaftaran, anda perlu log masuk ke dalam sistem permohonan dalam talian bagi melengkapkan maklumat permohonan.

4. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap sebelum anda tekan butang simpan dan hantar.

5. Anda dikehendaki mencetak borang permohonan sebagai rujukan dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan ditolak sama sekali.

Syarat Kemasukan Timur Tengah Maghribi 2024

Antara Syarat Kemasukan Timur Tengah Morocco adalah seperti berikut:

- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam subjek berkaitan Pengajian Islam (AGAMA / DINI / TAHFIZ / SYAHADAH ULYA) di peringkat SPM.

Semakan Keputusan Timur Tengah Maghribi 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Timur Tengah Maghribi ambilan 2024:

*Akan dikemaskini

Permohonan Timur Tengah Maghribi 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Timur Tengah Maghribi, sila mengemukakan pertanyaan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:

Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT)
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA.

No. Tel: 03-88706217 / 6226 / 6608 / 6635 / 5456
Emel: tt.bem@mohe.gov.my

Selamat membuat permohonan Timur Tengah Maghribi 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Timur Tengah Morocco!

No comments

Powered by Blogger.