Kemaskini Permohonan UPU 2023 Online

Cara Kemaskini Permohonan UPU 2023 Online|ADAKAH anda telah memohon kemasukan ke pengambilan UPU Online sesi 2023? Bagaimana cara membuat pengemaskinian permohonan UPU ambilan tahun 2023? Menerusi Portal Rasmi UPU, permohonan UPU 2023/2024 akan dibuka secara online mulai bulan Februari 2023 menerusi Portal Rasmi UPUOnline. Berikut dikongsikan Cara Kemaskini UPU Online 2023 buat rujukan anda.

Kemaskini Permohonan UPU 2018 Online

Sedia maklum, pastikan sebelum anda membuat permohonan UPU, pastikan anda perlu ketahui terlebih dahulu kategori permohonan UPU bagi lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf. Bagi yang ingin membuat semakan keputusan UPU sesi 2022, sila rujuk Semakan Keputusan UPU 2022.

Kemaskini Permohonan UPU 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara kemaskini permohonan UPU 2023/2024 secara online:

Cara Kemaskini Permohonan UPU 2023/2024 Online

1. Pemohon perlu layari di Portal Rasmi UPU secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://upu.mohe.gov.my/web/

2. Kemudian, klik pada bahagian "Permohonan Kemasukan".

3. Log masuk seperti biasa.

4. Lakukan pengemaskinian pada ruangan yang dikehendaki sahaja seperti maklumat diri dan akademik.

5. Selepas selesai membuat kemaskini, klik pada butang 'SAH dan HANTAR'.

Info Penting:
Kepada pemohon yang lupa Kata Laluan yang diisi ketika mengemukakan permohonan untuk tujuan kemaskini. Anda boleh dapatkan Kata Laluan anda dengan klik pada pautan 'Lupa Kata Laluan'.

Permohonan Rayuan UPU 2023 Online

Bagi pemohon yang gagal atau tidak berjaya mendapat sebarang panggilan UPU 2023, anda boleh membuat rayuan UPU menerusi Laman Web Rasmi UPU pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Artikel berkaitan:

👉 Tarikh Penting Permohonan UPU

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut permohonan UPU, sila hubungi di talian helpline UPU di 03 - 8870 8200 atau laman web rasmi UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.

Semoga perkongsian Cara Kemaskini Permohonan UPU 2023 ini memudahkan anda membuat pengemaskinian UPU secara online!

1 comment:

  1. Laman web utk kemaskini permohonan tk dpt knapa eh?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.