Permohonan Pengajian Timur Tengah Sesi 2024/2025 Online (Mesir & Jordan)

Permohonan Pengajian Timur Tengah Sesi 2024/2025 Online (Mesir & Jordan)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) ambilan 2024 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar lepasan STAM yang baru sahaja mendapat keputusan STAM dan juga lepasan SPM dan Diploma Qiraat. Untuk makluman anda, permohonan Timur Tengah Mesir dan Jordan 2024 boleh dibuat secara online mulai 15 Mei 2023 hingga 9 Jun 2023 melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Berikut dikongsikan Permohonan Pengajian Timur Tengah 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Pengajian Timur Tengah Sesi 2023/2024 Online (Mesir & Jordan)

Sedia maklum, program pengajian yang ditawarkan ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) adalah bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pengigian dan Farmasi sahaja. KPT tidak melantik mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Permohonan Pengajian Timur Tengah Sesi 2024/2025 Online (Mesir & Jordan)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan pengajian Timur Tengah Mesir Jordan termasuk syarat kemasukan:

Tarikh Penting Permohonan Timur Tengah 2024

1. Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia
    (STAM)
◾Tarikh Dibuka: 15 Mei 2023
◾Tarikh Ditutup: 9 Jun 2023

2. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) &
    Diploma Qiraat
◾Tarikh Dibuka: 15 Mei 2023
◾Tarikh Ditutup: 9 Jun 2023

Aplikasi Permohonan Timur Tengah 2024

◾Pemohon perlu layari laman web melalui Aplikasi Permohonan seperti berikut:
KLIK 👉 https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah

Cara Permohonan Pengajian Timur Tengah 2024 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan pengajian Timur Tengah secara online:

1. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan secara online. Sila pastikan emel yang didaftarkan adalah aktif, nama penuh dan no. kad pengenalan anda adalah betul dan tepat.

2. Setelah membuat pendaftaran, anda perlu log masuk ke dalam sistem e-timurtengah di pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah bagi melengkapkan maklumat permohonan.

3. Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat permohonan bagi SATU (1) negara dan SATU (1) bidang sahaja. Pemohon juga dinasihati supaya membuat permohonan yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

4. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap sebelum tekan butang simpan dan hantar.

5. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai rujukan.

Permohonan Pengajian Timur Tengah Sesi 2023/2024 Online (Mesir & Jordan)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pengajian Timur Tengah, sila hubungi di:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

No. Tel : 03-8870 6627 / 6226
No. Faks : 03-8870 6853
Fb : Education Malaysia Division

Selamat membuat permohonan pengajian Timur Tengah 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke pengajian Timur Tengah!

1 comment:

  1. Wild West Gold Coast - Overview, Hours, Specials, Players
    Wild 카지노사이트luckclub West 카지노 먹튀 Gold Coast is a casino in Queensland, Australia. Read reviews and view Wild luckyclub West Gold 샌즈 카지노 쿠폰 Coast's location, revenue, 토토 사이트 추천 employees,

    ReplyDelete

Powered by Blogger.