Permohonan Program Khas JPA-MARA (PKJM) 2023 Online

Permohonan Program Khas JPA-MARA (PKJM) 2023 Online|BILAKAH tarikh permohonan Penajaan Program Khas JPA MARA 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar lepasan SPM tahun 2022 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan penajaan Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2023 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Program Khas JPA-MARA 2023 boleh dibuat secara online mulai bulan Mac 2023 menerusi Portal Rasmi MARA.

Permohonan Program Khas JPA-MARA (PKJM) 2020 Online

Sedia maklum, Program Khas JPA-MARA (PKJM) tahun 2022 merupakan penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2019 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial.

Permohonan Program Khas JPA-MARA (PKJM) 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program Khas JPA MARA (PKJM) beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Program Khas JPA-MARA 2023 Online

1. Pemohon hendaklah mengisi borang
permohonan secara atas talian di Portal JPA melalui pautan http://www.mara.gov.my/. Permohonan dibuka mulai 9 hingga 18 Mac 2020.

2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Program Khas JPA MARA Tahun 2020 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Syarat Kelayakan Program Khas JPA MARA 2023

Antara Syarat Kelayakan Program Khas JPA MARA adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

i. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
ii. Mempunyai kesihatan yang baik;
iii. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2019;
iv. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
v. Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam; dan
vi. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Semakan Keputusan PKJM MARA 2023

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA ini dijangkakan diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my selewat-lewatnya pada 5 Mei 2020 (Selasa) jam 5.00 petang.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan program tajaan dan masalah teknikal, sila hubungi di talian 03-8885 3297 mulai 11 hingga 20 Mac 2019 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang.

Selamat membuat Permohonan Program Khas JPA-MARA tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Penajaan Program Khas JPA MARA!

No comments

Powered by Blogger.