Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa JKPJ JPA tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda lepasan SPM yang berkelayakan membuat permohonan Biasiswa JKPJ JPA tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis (JKPJ) JPA 2024 boleh dibuat secara online mulai 12 hingga 23 Jun 2023 menerusi Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2024. Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2022 yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa JKPJ JPA termasuk syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2024 Online

1. Layari Portal Rasmi JPA secara online menerusi pautan di http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ

2. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan ujian psikometrik yang akan dibuka mulai 12 Jun 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023 (Jumaat), 11.59 malam melalui Sistem ePermohonan. 

3. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

4. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Ujian Psikometrik dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

5. Permohonan bagi calon yang ingin menggunakan hasil keputusan semakan semula SPM tidak akan dipertimbangkan sekiranya diterima selepas tarikh tutup permohonan iaitu pada 16 Jun 2023.

Syarat Kelayakan Biasiswa JKPJ JPA 2024

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa JKPJ JPA adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

i. Warganegara Malaysia;
ii. Mempunyai kesihatan yang baik;
iii. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
iv. Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat pertama kali di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;
v. Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
vi. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

B. Syarat Khusus

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Bidang Pengajian

Pemohon yang ingin memohon Program Khas JKPJ perlu menyambung pengajian dalam bidang seperti berikut:

- Bidang Kejuruteraan
- Bidang Sains dan Teknologi (S&T)
- Sains Sosial

Semakan Keputusan Biasiswa JKPJ JPA 2024

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan JKPJ JPA tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan JKPJ JPA, sila hubungi talian di 03 - 8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-melkan ke lepasanspm2023@jpa.gov.my.

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis JPA Tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran JKPJ JPA!

No comments

Powered by Blogger.