Tarikh & Senarai Acara PBAKL 2024 (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur)

Tarikh & Senarai Acara PBAKL 2024 (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur)|BILAKAH tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 bakal diadakan? Perhatian buat anda yang ingin ketahui tarikh dan senarai acara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun 2024. Untuk makluman anda, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 akan berlangsung secara rasmi dari 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Berikut dikongsikan Tarikh & Senarai Acara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 buat rujukan anda.

Tarikh & Senarai Acara PBAKL 2023 (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur)

Sedia maklum, PBAKL yang memasuki kali ke-41 ini juga diadakan secara hibrid iaitu bersemuka dan dalam talian dalam usaha memartabatkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan satu acara tahunan yang memperingatkan kita akan kasih dan cinta terhadap buku dan sastera. Ia merupakan sebuah pesta buku terkemuka yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sejak bermulanya pada tahun 1981, PBAKL telah menjadi salah satu acara yang dinanti-nantikan oleh para peminat buku dan pembaca tegar.


Tarikh & Senarai Acara PBAKL 2024 (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 termasuk senarai acara:


Tarikh & Waktu Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024

◾Tarikh: 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024

◾Masa: 10 pagi hingga 10 malam


Senarai Acara Di PBAKL 2024

A. ACARA PENTAS UTAMA PBAKL

Acara pentas utama terletak di aras 2, bersebelahan dengan kauter pendaftaran. Antara acara menarik yang berlangsung di pentas utama adalah majlis perasmian, majlis pelancaran buku, dan sebagainya.

B. ACARA PENTAS REHAT & BACA

Ruang Rehat & Baca menyediakan ruang aktiviti untuk para penerbit, penulis swaterbit, penulis ilustrator, pelukis komik, editor dan ramai lagi penggiat industri buku untuk mengadakan aktiviti sampingan sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung.

C. MANDIRI DI PBAKL

- Ruang Mandiri PBAKL adalah ruang untuk penulis persendirian yang terbit buku sendiri, pembikin zine, illustrator, dan pengusaha buku foto. 30 reruai disediakan dengan beberapa nilai tambah khusus kepada pempamer mandiri. Antaranya Bicara Mandiri, Jaringan Mandiri, Resensi Buku dan Klinik Mandiri. 

Senarai Pempamer Mandiri PBAKL 2024

- Mandiri maksudnya swaterbit. Jadi, pempamer di booth MANDIRI ini semuanya merupakan individu yang baru terbitkan buku. Ada 32 pempamer semuanya.

Tarikh & Senarai Acara PBAKL 2023 (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur)


D. COSPLAY PBAKL

- Cosplay @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (Cosplay@PBAKL) atau Cosplay di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bekerjasama dengan LOL Cosplay Malaysia untuk menjayakan acara cosplay ini di Dewan Tun Razak, WTCKL.

- ‘Cosplay Competition’ ini akan berlangsung pada 2 hingga 4 Jun 2023.

- Bagi mereka yang meminati siri Anime, Komik, Manga, Manhwa dan Manhua anda boleh sertai acara ini kerana di akhir pertandingan, PBAKL telah menjanjikan hadian berbentuk wang tunai kepada pemenang-pemenang ‘Cosplay Competition’ ini. Kategori pertama yang akan dinilai oleh ‘Special Guest Judges’, KURISU dan Kinomoto Sakura, adalah ‘Kids Cosplay Competition’ dimana akan diadakan pada 3 Jun 2023.

- Bagi ‘SOLO SKIT Cosplay Competition’ pula, ‘Special Guest Judges’ yang akan menilai adalah PAAN REIGNS, ALICIASAMA, dan AhmadSTER. RM1000 sebagai hadiah utama untuk dimenangi pada 4 Jun 2023.

Tarikh & Senarai Acara PBAKL 2023 (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PBAKL, sila rujuk dibawah:-

Laman Web Rasmi: http://www.klibf.my/

Facebook Page: Pesta Buku_Antarabangsa Kuala Lumpur

Emel: klibf.bookfair@gmail.com

Semoga perkongsian Tarikh & Senarai Acara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.