Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2024 (Keputusan & Tema)

Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2024 (Keputusan & Tema)|BILAKAH tarikh kejohanan MSSM 2024 bakal diadakan? Perhatian buat anda para pelajar yang ingin ketahui tarikh, takwim dan tema kejohanan MSSM tahun 2024. Untuk makluman anda, kejohanan MSSM 2024 akan dibahagikan kepada empat (4) Fasa dengan fasa pertama (1) bermula dengan aktiviti merentas desa pada 23 Mei 2024 dan fasa terakhir (4) berakhir pada 25 September 2024 dengan sukan Olahraga. Berikut dikongsikan Takwim dan Keputusan Kejohanan MSSM Tahun 2024 buat rujukan anda.

Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2023 (Keputusan & Tema)

Sedia maklum, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 merupakan satu kejohanan peringkat tinggi yang berlaku di peringkat sekolah di antara para atlet yang terdiri pada para pelajar yang telah melepasi kejohanan pada peringkat daerah (MSSD) dan negeri (MSSN). Kejohanan ini akan dijalankan setiap tahun bagi mencari atlet terbaik dan berkualiti tinggi. Oleh sebab itu, pihak MSSM telah menyediakan takwim bagi kejohanan MSSM tahun 2024.


Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2024 (Keputusan & Tema)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tarikh dan Takwim MSSM 2024 termasuk jenis sukan dipertandingkan, keputusan dan tema MSSM:


Senarai Jenis Sukan Yang Dipertandingkan MSSM 2024

Berikut dikongsikan senarai 24 jenis sukan yang bakal dipertandingkan dalam MSSM tahun 2024 seperti acara Akuatik, Badminton, Bola Baling, Bola Keranjang, Bola Tampar, Boling Tenpin, Catur, Gimnastik Artistik, GImrama, Golf, Hoki, Kriket, Memanah, Pelayaran, Ping Pong, Ragbi, Bolasepak, Tenis, Skuasy, Sepak Takraw, Bola Jaring, Olahraga, Sofbol dan Merentas Desa:


Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2024

Takwim kejohanan MSSM Tahun 2024 adalah seperti berikut:

1. Merentas Desa (23-26 Mei 2024) : WP Putrajaya

2. Bola Sepak (13-21 September 2024) : Johor

3. Bola Tampar (13-21 September 2024) : Johor

4. Catur (13-20 September 2024) : Johor

5. Gimnastik Artistik (13-20 September 2024) : Johor

6. Memanah (13-20 September 2024) : Johor

7. Skuasy (13-21 September 2024) : Johor

8. Bola Jaring (14-20 September 2024) : Pulau Pinang

9. Pelayaran (13-21 September 2024) : Pulau Pinang

10. Ping Pong (13-20 September 2024) : Pulau Pinang

11. Sepak Takraw (13-20 September 2024) : Pulau Pinang

12. Sofbol (13-20 September 2024) : Pulau Pinang

13. Bola Baling (13-20 September 2024) : Selangor

14. Bola Keranjang (13-21 September 2024) : Selangor

15. Boling tenpin (13-21 September 2024) : Selangor

16. Golf (15-20 September 2024) : Selangor

17. Ragbi (13-21 September 2024) : Selangor

18. Kriket (13-21 September 2024) : Selangor

19. Akuatik (13-20 September 2024) : WP Kuala Lumpur

20. Badminton (13-20 September 2024) : WP Kuala Lumpur

21. Gimnastik Berirama (13-20 September 2024) : WP Kuala Lumpur

22. Hoki (13-21 September 2024) : WP Kuala Lumpur

23. Tenis (13-20 September 2024) : WP Kuala Lumpur

24. Olahraga (18-25 September 2024) : Perak


Lokasi Penganjuran

6 Negeri Pengelola MSSM bagi tahun 2024 adalah:

- Pulau Pinang

- Perak

- Selangor

- WP Kuala Lumpur

- WP Putrajaya

- Johor

Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2024 (Keputusan & Tema)


Tema Kejohanan MSSM Tahun 2024

Berikut dikongsikan Tema MSSM Tahun 2024:

- Tema rasmi bagi penganjuran MSSM 2024 adalah “Sukan Nadi Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC)”.

- Pemilihan tema ini selari dengan hasrat KPM dalam melahirkan konsep ‘Anak Yang Baik Lagi Cerdik’ dengan menitikberatkan pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan MSSM, anda boleh layari pautan MSSM 2024 di https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mssm2023/home

Semoga perkongsian Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

2 comments:

Powered by Blogger.