Cara Untuk Menjadi Jururawat Selepas SPM

Cara Untuk Menjadi Jururawat Selepas SPM|ADAKAH anda berminat menjadi seorang jururawat yang berkhidmat untuk institusi kesihatan awam mahupun swasta di Malaysia? Anda berpeluang besar untuk melanjutkan pengajian sebagai seorang jururawat selepas tamat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berikut dikongsikan Cara Untuk Menjadi Jururawat Selepas SPM buat rujukan anda.

Cara Untuk Menjadi Jururawat Selepas SPM

Sedia maklum, terdapat empat laluan yang anda boleh ikuti untuk menjadi seorang jururawat yang bertauliah di Malaysia samada sebagai penjawat awam ataupun swasta. Sekiranya anda ingin menjadi jururawat di hospital atau klinik awam, anda perlu melalui Suruhanjaya Penjawat Awam (SPA). Selain itu, terdapat juga peluang lain seperti melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hospital dan juga kolej-kolej swasta.


Cara Untuk Menjadi Jururawat Selepas SPM

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Untuk Menjadi Seorang Jururawat (Nurse) Selepas SPM. Pastikan anda membuat permohonan pada tempoh yang diberikan dan memenuhi syarat-syarat tertentu:


Langkah Untuk Menjadi Seorang Jururawat (Nurse)

Berikut dikongsikan Langkah atau Cara Untuk Menjadi Jururawat Lepasan SPM:

A. Melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan agensi kerajaan yang mengendalikan industri kesihatan awam di Malaysia khususnya hospital besar dan klinik kesihatan di seluruh negara. Oleh itu, KKM memerlukan jumlah jururawat yang ramai bagi menampung keperluan kesihatan awam di Malaysia. SPA akan membuka peluang setiap tahun kepada anda yang berkelayakan untuk memohon jawatan Jururawat melalui Portal Rasmi SPA9.

- Anda perlu mendaftar dan tunggu permohonan ke Latihan Separa Perubatan (Jururawat) dibuka. Calon dikehendaki melalui temuduga sebelum ditapis untuk menyertai latihan yang disediakan.

- Mereka yang layak akan mengikuti latihan selama empat tahun sebelum boleh berkhidmat secara rasmi kepada masyarakat dan dilantik secara tetap di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.


B. Melalui UA (Universiti Awam)/IPTS Yang Terpilih

- Anda juga boleh membuat permohonan Jawatan Jururawat untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang kejururawatan yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Antara IPTA yang menawarkan diploma kejururawatan adalah seperti UiTM Pulau Pinang, UiTM Sarawak dan UniSZA.

- Anda boleh buat permohonan melalui:

◾Portal Rasmi UPU

Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya juga menawarkan diploma dalam bidang kejururawatan dan boleh dimohon pada pautan Pohon USM & Portal Kemasukan UM.

◾Tawaran Daripada IPTS

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan hospital swasta juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikuti pengajian mereka (cara jadi nurse). Anda boleh terus layari laman web mereka dan mohon pada tempoh permohonan dibuka. Antara IPTS yang menawarkan pengajian kejururawatan adalah KPJ Healthcare University College, UNIKL Royal College of Medical Perak, MSU, Kolej Poly Tech MARA (KPTM) dan lain-lain lagi.

Terdapat banyak kolej dan universiti yang menawarkan diploma yang berkaitan kejururawatan. Oleh itu, anda boleh menyemak kelayakan program pengajian yang ditawarkan melepasi syarat yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).


C. Melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menjadi jururawat melalui permohonan menjadi seorang anggota tentera dibawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sekiranya permohonan anda untuk menjadi seorang perajurit muda berjaya, anda perlu melalui latihan ketenteraan sebelum diserap masuk ke Kor Kesihatan Di Raja (KKD). Langkah  seterusnya anda akan diserap ke Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN) untuk diploma kejururawatan. 

Semoga perkongsian berkaitan cara menjadi jururawat untuk lepasan SPM dapat membantu anda untuk menjadi seorang jururawat!

No comments

Powered by Blogger.