Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2023 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa JKPJ JPA tahun 2023 bakal dibuka? Berita baik buat anda lepasan Tingkatan 5 yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2022. Untuk makluman anda, permohonan Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis (JKPJ) JPA 2023 boleh dibuat secara online mulai 10 hingga 23 Jun 2021 menerusi Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2023 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, sukacita dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka tawaran Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) tahun 2021. Program khas ini merupakan penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang ditawarkan kepada lepasan SPM 2020 untuk melanjutkan pengajian ke empat buah negara iaitu Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.
Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2023 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa JKPJ JPA termasuk syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian dan semakan keputusan:Cara Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2023 Online
1. Layari pautan di https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ2. Klik bahagian ‘Daftar’ untuk pendaftaran kali pertama.
3. Kemudian, isikan maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
5. Selepas itu, lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
6. Pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Syarat Kelayakan Biasiswa JKPJ JPA 2023
Antara Syarat Kelayakan Biasiswa JKPJ JPA adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Mempunyai kesihatan yang baik.
3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
5. Menduduki peperiksaan SPM 2020 buat pertama kali.
6. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
Bidang Pengajian
Pemohon yang ingin memohon Program Khas JKPJ perlu menyambung pengajian dalam bidang seperti berikut:
- Bidang Kejuruteraan
- Bidang Sains dan Teknologi (S&T)
- Sains Sosial
Semakan Keputusan Biasiswa JKPJ JPA 2023
*Akan dikemaskini
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan JKPJ JPA, sila hantar email ke alamat lepasanspm2021@jpa.gov.my.
Pemohon juga boleh membuat pertanyaan melalui sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu 1 jam iaitu pada jam 10.00–11.00 pagi
dan 2.30–3.30 petang di pautan meet.google.com/axz-ojpu-fwe.
Selamat membuat Permohonan Biasiswa Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis JPA Tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa JKPJ JPA!
Post a Comment