Permohonan UTP 2024 Online (Universiti Teknologi Petronas)

Permohonan UTP 2024 Online (Universiti Teknologi Petronas)|ANDA berminat melanjutkan pengajian ke UTP ambilan 2024? Perhatian buat para pelajar Lepasan SPM/ O-Level & Lepasan STPM/Setaraf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Program Asasi & Undergraduate Universiti Teknologi Petronas (UTP) ambilan September tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan UTP 2024 boleh dibuat secara online mulai 27 Mei 2024 menerusi Portal Rasmi Universiti Teknologi Petronas. Berikut dikongsikan Permohonan UTP 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan UTP 2020 Online (Universiti Teknologi Petronas)

Sedia maklum, Universiti Teknologi Petronas atau mudah dikenali sebagai UTP merupakan salah satu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terkemuka di Malaysia dimana bermula dengan penubuhan Institute of Technology PETRONAS (ITP), sebuah institusi latihan khas untuk kakitangan PETRONAS dibawah pantauan PETRONAS Management & Training Sdn. Bhd. (PERMATA). Lokasi kampus utamanya berpusat di Seri Iskandar, Perak.

Permohonan UTP 2024 Online (Universiti Teknologi Petronas)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan Universiti Teknologi Petronas beserta syarat kemasukan, semakan keputusan dan senarai pengajian yang ditawarkan:

Cara Permohonan UTP 2024 Online

1. Permohonan kemasukan ke UTP boleh dibuat secara online menerusi pautan seperti berikut:
Permohonan UTP Peringkat Asasi
Permohonan UTP Peringkat Ijazah

Panduan Permohonan Kemasukan UTP 2024

A. Peringkat Asasi (Foundation)

1. Sila sediakan salinan imbasan dokumen berikut dalam format PDF untuk dimuat naik semasa proses permohonan dalam talian:

i. Kad Pengenalan/MyKad
ii. ​SPM ATAU kelayakan lain yang setaraf (iaitu O-Level, IGCSE, dll.)​
iii. Bukti pembayaran Yuran Pemprosesan (Perbankan Internet/ Deposit Tunai/ Pemindahan Dana Elektronik/ Pemindahan Telegraf) – RM 50.00 Tidak boleh dikembalikan.

2. Pembayaran boleh dibuat kepada Universiti Teknologi PETRONAS dengan butiran akaun seperti berikut:

◾Penerima: ​Universiti Teknologi PETRONAS
◾Nombor Akaun Bank: 8​004852703
◾Nama Jurubank: CIMB Berhad
◾Alamat Jurubank: 20, Jalan Pos Baru, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia​​​

B. Peringkat Undergraduate

1. Sila sediakan salinan imbasan dokumen berikut dalam format PDF untuk dimuat naik semasa proses permohonan dalam talian:

i. Kad Pengenalan/MyKad
ii. Keputusan untuk kelayakan berikut
- Keputusan untuk STPM atau A-Level atau International Baccalaureate atau Diploma atau Asasi atau Matrikulasi atau kelayakan lain yang setaraf dengannya
- Keputusan untuk SPM
- Keputusan untuk Penguasaan Bahasa Inggeris iaitu SPM atau MUET atau IELTS dsb.
- Bukti pembayaran Yuran Pemprosesan (Perbankan Internet/Deposit Tunai/Pindahan Dana Elektronik/Pemindahan Telegrafik) – RM 50.00 Tidak boleh dikembalikan

2. Pembayaran boleh dibuat kepada Universiti Teknologi PETRONAS dengan butiran akaun berikut:

◾Penerima: ​Universiti Teknologi PETRONAS
◾Nombor Akaun Bank: 8​004852703
◾Nama Jurubank: CIMB Berhad
◾Alamat Jurubank: 20, Jalan Pos Baru, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia​​​

3. Slip gaji ibu bapa atau penjaga

4. Penguasaan Bahasa Inggeris (keputusan SPM sebenar atau MUET atau IELTS atau TOEFL atau dsb.)

Syarat Kemasukan Minimum UTP 2024

Antara syarat kemasukan minimum UTP bagi peringkat Asasi untuk lepasan SPM dan peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk lepasan STPM/setaraf adalah seperti berikut:

👉 Syarat Kemasukan Minimum Asasi UTP
👉 Syarat Kemasukan Minimum Ijazah UTP

Senarai Kursus Pengajian Universiti Teknologi Petronas

Antara Senarai Kursus Pengajian yang ditawarkan di UTP adalah seperti berikut:

KLIK 👉 Foundation Programme 
KLIK 👉 Undergraduate Programme

Semakan Keputusan UTP 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan UTP 2024 secara online:

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UTP, sila hubungi di:

Universiti Teknologi PETRONAS
32610 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

No. Tel: 1-300-22-8887
Emel: info@utp.edu.my
Facebook Rasmi UTP: https://www.facebook.com/UTPOfficial/

Selamat membuat Permohonan Kemasukan Ke UTP tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke UTP!

No comments

Powered by Blogger.