Permohonan YTP MARA 2024 Online (Syarat Kelayakan)

Permohonan YTP MARA 2024 Online (Syarat Kelayakan)|BILAKAH tarikh permohonan Pinjaman Pelajaran YTP MARA 2024 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar lepasan SPM tahun 2022 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (YTP) tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan YTP MARA 2024 boleh dibuat secara online mulai 8 hingga 19 Jun 2023 menerusi Laman Web Rasmi MARA. Berikut dikongsikan Permohonan YTP MARA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan YTP MARA 2023 Online (Syarat Kelayakan)

Sedia maklum, MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2022 untuk mengikuti Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi terpilih.

Permohonan YTP MARA 2024 Online (Syarat Kelayakan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (YTP) beserta syarat kelayakan permohonan dan cara hubungi:

Cara Permohonan YTP MARA 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi MARA secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://educationloan.mara.gov.my/v4

2. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.

3. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Permohonan YTP MARA 2023 Online (Syarat Kelayakan)

Syarat Kelayakan YTP MARA 2024

Antara Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran MARA YTP adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.

2. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.

4. Lulus pemeriksaan kesihatan.

5. Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah (B40).

B. Syarat Khusus

1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2022.

2. Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.

Info Penting:
*Bagi mendapatkan maklumat tentang syarat kelayakan program, klik pautan DISINI.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan YTP MARA, sila hubungi di:

No. Telefon: 03-261 32487 / 32108 / 32099 / 32098
Email: postspm@mara.gov.my

Selamat membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran YTP MARA!

No comments

Powered by Blogger.