Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2023 (Keputusan & Tema)
Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2023 (Keputusan & Tema)|BILAKAH tarikh kejohanan MSSM 2023 bakal diadakan? Perhatian buat anda para pelajar yang ingin ketahui tarikh, takwim dan tema kejohanan MSSM tahun 2023. Untuk makluman anda, kejohanan MSSM 2023 akan dibahagikan kepada empat (4) Fasa dengan fasa pertama (1) bermula dengan aktiviti merentas desa pada 13 Julai 2023 dan fasa terakhir (4) berakhir pada 20 Oktober 2023 dengan sukan Olahraga. Berikut dikongsikan Takwim dan Keputusan Kejohanan MSSM Tahun 2023 buat rujukan anda.
Sedia maklum, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 merupakan satu kejohanan peringkat tinggi yang berlaku di peringkat sekolah di antara para atlet yang terdiri pada para pelajar yang telah melepasi kejohanan pada peringkat daerah (MSSD) dan negeri (MSSN). Kejohanan ini akan dijalankan setiap tahun bagi mencari atlet terbaik dan berkualiti tinggi. Oleh sebab itu, pihak MSSM telah menyediakan takwim bagi kejohanan MSSM tahun 2023.
Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2023 (Keputusan & Tema)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tarikh dan Takwim MSSM 2023 termasuk jenis sukan dipertandingkan, keputusan dan tema MSSM:
Senarai Jenis Sukan Yang Dipertandingkan MSSM 2023
Berikut dikongsikan senarai 24 jenis sukan yang bakal dipertandingkan dalam MSSM tahun 2023 seperti acara Akuatik, Badminton, Bola Baling, Bola Keranjang, Bola Tampar, Boling Tenpin, Catur, Gimnastik Artistik, GImrama, Golf, Hoki, Kriket, Memanah, Pelayaran, Ping Pong, Ragbi, Bolasepak, Tenis, Skuasy, Sepak Takraw, Bola Jaring, Olahraga, Sofbol dan Merentas Desa:
Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2023
Semua kejohanan MSSM kali ini akan dibahagikan kepada empat (4) Fasa dengan fasa pertama (1) bermula dengan aktiviti merentas desa pada 13 Julai 2023 dan fasa terakhir (4) berakhir pada 20 Oktober 2023 dengan sukan Olahraga.
Tema Kejohanan MSSM Tahun 2023
Berikut dikongsikan Tema MSSM Tahun 2023:
- Tema rasmi bagi penganjuran MSSM 2023 adalah “Sukan Nadi Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC)”.
- Pemilihan tema ini selari dengan hasrat KPM dalam melahirkan konsep ‘Anak Yang Baik Lagi Cerdik’ dengan menitikberatkan pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan MSSM, anda boleh layari pautan MSSM 2023 di https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mssm2023/home
Semoga perkongsian Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment