Senarai Halatuju Pendidikan Selepas SPM (2024)

Senarai Halatuju Pendidikan Selepas SPM (2024)|KEMANA destinasi dan halatuju pendidikan anda selepas SPM? Secara lazimnya, para pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan mula berfikir mengenai halatuju pengajian mereka selepas peperiksaan SPM tamat. Panduan buat anda pelajar Lepasan SPM yang baru mendapat keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Berikut dikongsikan Senarai Halatuju Pendidikan Selepas SPM Tahun 2024 buat rujukan anda.

Senarai Halatuju Pendidikan Selepas SPM (2024)

Sedia maklum, selepas tamatnya Peperiksaan SPM, pelajar akan mula merancang untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT)/ UA samaada di dalam atau luar negara. Pemilihan kerjaya pendidikan selepas SPM adalah amat penting untuk masa depan anda yang cemerlang dan gemilang agar tidak tersalah langkah. Oleh sebab itu, pelajar perlu memastikan mereka membuat pilihan yang bijak bagi melanjutkan pengajian sesuai dengan minat dan cita-cita.


Senarai Halatuju Pendidikan Selepas SPM (2024)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Halatuju Pendidikan Selepas SPM Tahun 2024 sebagai pilihan pelajar bagi menyambung pengajian ke peringkat seterusnya:


13 Halatuju Pendidikan Selepas SPM Tahun 2024

1. Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)/ IPTS

- Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM sudah pasti memilih samaada universiti tempatan dan luar negara sebagai destinasi pengajian selepas SPM nanti. Jika anda ingin ke Universiti Awam (UA) tempatan, anda perlu memohon kemasukan melalui Permohonan UPUOnline untuk lepasan SPM/setaraf.

- Pelajar lepasan SPM adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA berdasarkan kelayakan dan minat iaitu Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti dan ILKA. 

- Manakala, menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga menjadi pilihan terbaik buat lepasan SPM seperti Universiti Teknologi Petronas (UTP), UNITEN, MSU, UniKL dan sebagainya.

- Namun, perbezaan program Diploma berbanding progam persediaan yang lain seperti Matrikulasi mahupun Asasi ialah tempoh masa pengajian Diploma lebih lama berbanding yang lain.


2. Program Matrikulasi KPM

- Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah halatuju yang paling popular bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian bagi Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda.

- Program Matrikulasi KPM program persediaan yang diwujudkan untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke IPT dalam dan luar negara.

- Pelajar yang menyambung pengajian di matrikulasi akan diberikan 4 pilihan jurusan iaitu Jurusan Sains, Jurusan Kejuruteraan, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Perakaunan Profesional.


3. Asasi (IPTA/IPTS)

- Pelajar juga boleh menyambung pengajian Asasi di IPTA atau IPTS yang menawarkan pengajian ini. Kebanyakkanya, IPTA atau IPTS dalam negara mempunyai program Asasinya sendiri sebagai laluan untuk menyambung ke peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda.


4. STPM/STAM Tingkatan 6

- Pelajar juga boleh memilih untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6 bagi menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi aliran agama.

- Pengajian Tingkatan 6 hanya ditawarkan di sekolah menengah yang terpilih sahaja dan tidak ditawarkan di semua sekolah menengah di seluruh Malaysia.

- Bagi Lepasan STPM dan STAM yang berjaya menamatkan peperiksaan tersebut seterusnya akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda ke IPTA atau IPTS dalam atau luar negara.


5. TVET

- TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional yang ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai minat dalam amalan industri. 

- Antara kementerian atau agensi yang mempunyai institusi pengajian TVET adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).


6. International Baccalaureate

- Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda ke luar negara, mereka boleh menyambung pengajian International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA yang terpilih.

- Program pengajian ini adalah program pra-universiti yang mengambil masa selama 4 semester bagi pelajar yang terlibat.

- Program ini dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang merupakan badan bukan kerajaan dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland.


7. A-Level

- Selain itu, pelajar juga boleh menyambung pengajian di peringkat A-Level yang ditawarkan di Kolej MARA atau INTEC.

- A-Level adalah program pra-universiti yang ditawarkan di Malaysia yang berdasarkan sistem pendidikan di United Kingdom.

- Program ini dikendalikan oleh Cambridge Assesment International Education (CAIE) dengan tempoh pengajian adalah 12 ke 24 bulan.


8. Kolej Komuniti

- Terdapat 4 program pengajian yang ada ditawarkan di Kolej Komuniti iaitu Sijil Kolej Komuniti (T), Diploma Kolej Komuniti (DKK), Sijil Kolej Komuniti (M) dan Sijil Kolej Komuniti (P).

- Kursus pendek juga ada ditawarkan di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat. Tiga sesi kemasukan untuk permohonan menjadi pelajar sepenuh masa Kolej Komuniti adalah sesi kemasukan Mac, Julai dan November.


9. PISMP

- Bagi pelajar yang berminat untuk menjadi guru, anda boleh menyambung pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

- Pelajar akan mengikuti PISMP di Institut Pengajian Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan di sekolah rendah.

- Tempoh pengajian yang akan dilalui oleh pelajar menerusi program ini adalah selama 5 tahun.


10. Akademi Laut Malaysia (ALAM)

- Bagi yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan laut, anda boleh mohon kemasukan ke Akademi Laut Malaysia (ALAM). 

- Program pengajian yang ditawarkan adalah Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin. Permohonan dibuka sekitar bulan Mac setiap tahun.


11. Permohonan Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

- Antara Program pengajian yang ada ditawarkan untuk kemasukan ke PPUM adalah Program Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan.

- Permohonan kemasukan dibuka sekitar bulan Mac setiap tahun.


12. Lathan Kemahiran Di GIATMARA

- Terdapat dua pilihan program di GIATMARA iaitu Sepenuh Masa dan Separuh Masa. Pelajar bumiputera yang berumur 15 tahun ke atas samada lepasan SPM atau bukan dengan syarat mereka boleh membaca, menulis dan minat adalah layak untuk memohon.

- Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan mempunyai tubuh badan yang sihat bolehlah membuat permohonan GIATMARA untuk menyertai program latihan sepenuh atau separuh masa di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia 

- Kemasukan GIATMARA selalu dibuka pada  Sesi Januari dan Julai setiap tahun.


13. Latihan Separa Perubatan

- Latihan Separa Perubatan merupakan satu program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pelajar lepasan SPM yang berusia daripada 17 tahun hingga 25 tahun.

- Terdapat sebanyak 13 latihan ditawarkan untuk program Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil bagi tahun 2018.

- Tempoh pengajian Kursus Separa Perubatan adalah selama 3 tahun bagi program Diploma manakala peringkat Sijil pula mengambil masa selama 2 tahun sahaja. Selepas tamat pengajian, pelatih Separa Perubatan akan menjalani ujian untuk kemasukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan UPUOnline

Join Channel Telegram UPUOnline Sesi 2024/2025

KLIK JOIN 👉 https://t.me/upuonline2024

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUOnline, sila layari laman web rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my/

Semoga perkongsian Senarai Halatuju Pendidikan Selepas SPM ini dijadikan rujukan buat anda semua! 

No comments

Powered by Blogger.