Syarat Kelayakan Am Permohonan UPU 2022

Syarat Kelayakan Am Permohonan UPU 2022|ADAKAH anda layak membuat permohonan kemasukan ke UPU? Apakah syarat am yang diletakkan untuk permohonan UPU ambilan tahun 2022? Dalam permohonan UPU bagi lepasan SPM/Setaraf anda perlu memilih 8 kursus manakala bagi lepasan STPM/Setaraf adalah 12 kursus. Berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Am Permohonan UPU 2022 buat rujukan anda.

Artikel berkaitan:

👉 Tarikh Pembelian No. Pin Unik ID UPU
👉 Tarikh Penting Permohonan UPU

Syarat Kelayakan Am Permohonan UPU

Syarat Kelayakan Am Permohonan UPU 2022

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan syarat kelayakan am permohonan kemasukan ke UA/ IPTA/ Politeknik/ ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf:

A) Lepasan SPM /Setaraf

◾Warganegara Malaysia dan
◾Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program Pengajian UA dan Politeknik Premier

Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:
Semua program pengajian di UiTM;
  • Asasi UIAM;
  • Asasi Sains UM;
  • Asasi UNIMAS;
  • Asasi UMS; dan
  • Asasi UniSZA
Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:
Asasi Pengajian Islam UM;
  • Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
  • Tahmidi USIM;
  • Asasi UKM, UUM; dan
  • Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier
B) Lepasan STPM/Setaraf

◾Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan 
◾Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja. 
◾Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

Kelayakan

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
- Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; 

DAN

ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
- Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; atau

iv. MATRIKULASI / ASASI 
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; 

DAN

v. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.

Artikel berkaitan:

👉 Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat rujukan sebelum membuat permohonan UPU!

No comments

Powered by Blogger.