Permohonan Biasiswa Khazanah Global 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Khazanah Global 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Khazanah Global tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat pelajar di peringkat Sarjana dan PhD yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Khazanah Global tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Khazanah Global 2024 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup 21 Mac 2024 melalui Portal Rasmi Yayasan Khazanah. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Khazanah Global 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Khazanah Global 2024 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Khazanah Global Scholarship Programme merupakan biasiswa yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran A-Level di Kolej Yayasan UEM (sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti yang diluluskan di luar negara) dan pengajian Pascasiswazah di universiti terkemuka terpilih sekitar dunia. Tempoh biasiswa adalah untuk kursus pengajian penuh, seperti yang ditetapkan dalam tawaran kemasukan adalah tertakluk kepada terma dan syarat Yayasan Khazanah.

Permohonan Biasiswa Khazanah Global 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan Biasiswa Khazanah Global beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan Keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Khazanah Global 2024 Online

1. Permohonan Biasiswa Khazanah Global boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://apply.yayasankhazanah.com.my/Account/Login.

2. Kemudian, klik pada "New Application" dan isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.

3. Permohonan boleh dibuat sehingga 21 Mac 2024 kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Bidang Pengajian Yang Ditaja 

Berikut dikongsikan Senarai Bidang Pengajian Yang Ditaja:

A. Seni & Kemanusiaan

Arkeologi
Seni Bina / Alam Bina
Seni reka
Klasik & Sejarah Purba
Bahasa & Kesusasteraan Inggeris
Sejarah
Linguistik
Bahasa moden
Seni persembahan
Falsafah
Teologi, Ketuhanan & Pengajian Agama

B. Kejuruteraan & Teknologi

Sains Komputer
Kejuruteraan – Mekanikal
Kejuruteraan – Awam & Struktur
Kejuruteraan – Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan – Mekanikal, Aeronautik & Pembuatan

C. Sains Kehidupan

Pertanian
Anatomi & Fisiologi
Sains Biologi
Farmasi & Farmakologi
Sains

D. Sains Semula Jadi

Kimia
Sains Bumi & Marin
Sains Alam Sekitar
Geografi
Geofizik
Sains Bahan
Matematik
Fizik

E. Sains Sosial & Pengurusan

Perakaunan & Kewangan
Antropologi
Pengajian Perniagaan & Pengurusan
Komunikasi & Pengajian Media
Kajian Pembangunan
Ekonomi & Ekonometrik
Pendidikan
Pengurusan Hospitaliti & Riadah
Undang-undang
Pengurusan Perpustakaan & Maklumat
Politik
Dasar & Pentadbiran Sosial
Sosiologi
Mata Pelajaran Berkaitan Sukan
Statistik & Penyelidikan Operasi

Syarat Kelayakan Biasiswa Khazanah Global 2024

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Khazanah Global adalah seperti berikut:

A. Sarjana

- Mendapat sekurang-kurangnya Second Class Upper Division (UK dan Universiti Australia) atau di mana terdapat sistem mata, memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.50 untuk Ijazah Sarjana Muda.
- Mendapat kemasukan di universiti yang diluluskan Yayasan Khazanah (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan). Mereka yang telah memohon ke universiti tetapi masih belum menerima kemasukan juga layak memohon. Sekiranya tiada tawaran kemasukan dari universiti diterima semasa proses pemilihan, tawaran biasiswa akan menjadi terbatal dan tidak sah.
- Berumur tidak melebihi umur 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program Sarjana.
- Menyediakan outline penyelidikan/ ringkasan tesis (Penyelidikan atau mod campuran).

B. PhD

- Mendapat kepujian atau purata gred ‘A’ atau setara (jika ada sistem mata) untuk Ijazah Sarjana.
- Mendapat tawaran kemasukan atau sedang melanjutkan pelajaran di universiti yang diluluskan Yayasan Khazanah (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan)
- Tidak melebihi umur 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program PhD.
- Menyediakan outline penyelidikan/ringkasan tesis mengenai topik yang mereka ingin pelajari dalam program PhD.

Semakan Keputusan Biasiswa Khazanah Global 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Biasiswa Khazanah Global tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Permohonan Biasiswa Khazanah Global 2024 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Khazanah Global, sila melayari laman web di https://www.yayasankhazanah.com.my/scholarship-programmes/khazanah-global-scholarship-programme

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Khazanah Global tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Khazanah Global!

No comments

Powered by Blogger.