Permohonan Biasiswa ISMP 2023 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Biasiswa ISMP 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa ISMP tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Ijazah Sarjana Muda yang berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa ISMP 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 24 Mac 2023 hingga 21 April 2023 menerusi laman sesawang https://epenawaran.moe.gov.my/. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa ISMP 2023 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa semua pelajar yang berkelayakan, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).
Permohonan Biasiswa ISMP 2023 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa ISMP beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:Cara Permohonan Biasiswa ISMP 2023 Online
1. Layari Portal Rasmi ePenawaran secara online menerusi pautan seperti berikut:KLIK 👉 https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm
2. Permohonan yang tidak lengkap, lewat, tidak memenuhi syarat dan/atau dihantar melalui kaedah lain selain daripada tatacara permohonan yang ditetapkan tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Syarat Kelayakan Biasiswa ISMP 2023
Antara Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa ISMP adalah seperti berikut:
1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
2. Umur calon tidak melebihi dua puluh lima (25) tahun pada 1 Januari 2019 (tahun
permohonan);
3. Calon adalah pelajar Fakulti Pendidikan di UA yang sedang mengikuti pengajian
tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang ditetapkan
oleh KPM;
4. Calon belum menerima sebarang tawaran biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja;
5. Calon bersedia melepaskan tajaan sedia ada sekiranya ditawarkan biasiswa ISMP oleh KPM;
6. Calon sihat tubuh badan;
7. Calon aktif dalam kegiatan kokurikulum;
8. Calon bukan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
B. Syarat Asas Akademik
1. Calon memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan
lantikan ke perkhidmatan awam;
2. Calon mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu (peperiksaan bertulis dan Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
3. Calon LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Calon mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan
semester terkini (semester 1 atau 2 sahaja) di peringkat Ijazah Sarjana Muda;
5. Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan.
Semakan Keputusan Biasiswa ISMP 2023 Online
*Akan dikemaskini
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa ISMP, sila hubungi di Alamat:Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagisn Biasiswa dan Pembiayaan
Aras 2, No. 2 Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Web: https://epenawaran.moe.gov.my
No. Telefon: 03-8870 4020 / 6000 / 6373 / 6442 / 4961 / 6338 / 6361
Faks: 03-8870 6839
Selamat membuat Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa ISMP!
Post a Comment