Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)|BILAKAH tarikh pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) tahun 2024 bakal dibuka? Adakah anda berminat menjadi Guru KPM – IPG bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Khas untuk IJAZAH BUKAN PENDIDIKAN? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan PDPP ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan PDPP 2024 boleh dibuat secara online mulai bulan Mac 2024 menerusi Portal Rasmi MyPDPP. Berikut dikongsikan Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PDPP selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PDPP akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa.


Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Calon Guru PDPP termasuk syarat kelayakan:


Syarat Kelayakan Calon Guru PDPP 2024

Antara Syarat Kelayakan Permohonan PDPP Tahun 2024 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;

2. Sihat tubuh badan; 

3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan

4. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989

5. Memiliki sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM

6. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50 ; ATAU

7. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50;

8. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang memenuhi Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM (sila rujuk KMP dalam permohonan secara dalam talian).


Calon Yang Tidak Layak Memohon 

1. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.

2. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan mana-mana agensi termasuk agensi Kerajaan Negeri dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.

3. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG KPM dan gagal dalam peperiksaan serta ditamatkan daripada pengajian.

4. Calon yang diisytiharkan bankrap.

5. Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.

6. Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

7. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.


Cara Permohonan PDPP 2024 Online

1. Permohonan PDPP boleh dibuat secara dalam talian dengan layari pautan di https://mypdpp.moe.gov.my

2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting pengambilan sebelum membuat permohonan. 

3. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup. (sila rujuk tarikh-tarikh penting pengambilan PDPP)

4. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG. 

5. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Info Penting:

*Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting pengambilan PDPP ambilan tahun 2024. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.

*Pemohon boleh mendapatkan maklumat tambahan berkaitan promosi pengambilan program PDPP ambilan tahun 2024 menerusi Youtube Live “Jom Jadi Cikgu” mulai Mac hingga Julai 2024.

*Calon perlu menjalani saringan dan lulus e-UKCG sebelum dipanggil temuduga dan UKF.

*IPGM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.

*Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Permohonan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Program PDPP, sila hubungi di:

JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM

Aras 2, Blok 2250 

Jalan Usahawan 1 

63000 CYBERJAYA

No Telefon Pejabat: 03 - 8312 6666/ 03 - 8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733

No Fax: 03 - 8312 6655 

Laman Web: https://mypdpp.moe.gov.my/

Semoga perkongsian Permohonan Calon Guru PDPP ambilan 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.