Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan biasiswa MyBrainSc tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang sedang atau ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2023 boleh dibuat secara online mulai 1 April 2023 hingga tarikh tutup 30 April 2023 menerusi laman sesawang di https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc.

Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2019 Online

Sedia maklum, Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam. Program ini ditubuhkan bertujuan untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi tarikh dan aplikasi permohonan Biasiswa MyBrainSc serta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan;

Tarikh Penting Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2023

◾ Tarikh Dibuka: 1 April 2023
◾ Tarikh Ditutup: 30 April 2023
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc

Cara Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2023 Online

1. Layari laman web secara online menerusi pautan di https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/.

2. Kemudian, klik bahagian ‘Log Masuk.’

3. Klik bahagian "Daftar Baharu". Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’

4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang disahkan.

5. Seterusnya, semak kelayakan terlebih dahulu. Isikan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.

6. Muat naik dokumen yang diperlukan diruangan disediakan. Hantar permohonan tersebut.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2023

Antara syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori seperti berikut:

1. Ph.D
◾Calon adalah warganegara Malaysia;
◾Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
◾Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
◾Calon tidak mempunyai sebarang ikatan  kontrakdari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
◾Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
◾Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
◾Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.

2. Sarjana
◾Calon adalah warganegara Malaysia;
◾Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;
◾Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
◾Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
◾Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini; Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
◾Calon sedang mengikuti pengajian diperingkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.

3. Ijazah Pertama
◾Calon adalah warganegara Malaysia;
◾Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
◾Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level;
◾Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT; dan
◾Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Bidang Pengajian

◾Fizik
◾Biologi
◾Kimia
◾Matematik

Semakan Keputusan Biasiswa MyBrainSc 2023 Online

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa MyBrainSc, sila hubungi di:

Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5
Kompleks Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(u.p: Unit SLAB/SLAI)

Telefon: 03 - 8888 1616 (Hotline Bahagian Biasiswa)
Email: mybrainsc@mohe.gov.my

Selamat membuat permohonan Biasiswa MyBrainSc tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.