Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2019/2020

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2019/2020|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) sesi 2019/2020 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong sesi pengajian 2019/2020. Menerusi Portal Rasmi JPA, permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong sesi 2019/2020 boleh dibuat secara online mulai 15 Februari 2019 jam 5 petang hingga 15 Mac 2019.

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2019/2020

Sedia maklum, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2019/2020

Berikut dikongsikan maklumat yang meliputi tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2019/2020

1. Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (online) melalui Laman Web JPA di pautan http://esilav2.jpa.gov.my

2. Tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 15 Mac 2019 melalui serahan tangan atau pos ke:

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Syarat Kelayakan Permohonan BYDPA 2019/2020

A. Kriteria Utama

i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga

B. Syarat Khusus

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
v. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan; dan
vi. Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai BYDPA, sila hubungi di talian 03-8885 3546/ 3053/ 3571 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my.

Selamat membuat permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2019/2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong!

No comments

Powered by Blogger.