Permohonan ILJTM 2023 Online (ILP ADTEC JMTI)

Permohonan ILJTM 2023 Online (ILP ADTEC JMTI)|BILAKAH tarikh permohonan ILJTM ambilan 2023 bakal dibuka? Berita baik buat anda pelajar lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke ILP, ADTEC dan JMTI (ILJTM) ambilan 2023. Untuk makluman anda, permohonan ILJTM 2023 boleh dibuat secara online mulai bulan 1 Mac 2022 hingga 25 April 2022 menerusi Laman Web Rasmi JTM.

Permohonan ILJTM 2020 Online (ILP ADTEC JMTI)

Sedia maklum, permohonan ILJTM (Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia) akan dibuka dua kali setiap tahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. ILJTM terdiri daripada 22 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), 4 pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) di seluruh Malaysia. ILJTM diwujudkan bertujuan memberi latihan pra-pekerjaan kepada rakyat Malaysia bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor pekerjaan.

Permohonan ILJTM 2023 Online (ILP ADTEC JMTI)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan ILJTM beserta tarikh penting dan syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan ILJTM 2023 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi JTM secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.jtm.gov.my

Syarat Kemasukan ILJTM 2023

Antara Syarat Kemasukan ILJTM ambilan 2023 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM);
4. Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja); dan
5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Tarikh Penting Kemasukan ILJTM 2023

Berikut adalah tarikh penting kemasukan ILJTM ambilan 2023:

◾ Sistem Permohonan Online Dibuka: 
◾ Sistem Permohonan Online Ditutup:
◾ Semakan Panggilan Temuduga:
◾ Sesi Temuduga:
◾ Hebahan Keputusan Permohonan ILJTM:
◾ Tarikh Akhir Maklum Balas Tawaran:
◾ Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Julai 2023:

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan ILJTM, sila hubungi di:

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
E-mel: jtm@mohr.gov.my

Selamat membuat permohonan ILJTM ambilan 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ILJTM!

No comments

Powered by Blogger.