Permohonan JMTI 2024 Online (Institut Teknikal Jepun-Malaysia)

Permohonan JMTI 2024 Online (Institut Teknikal Jepun-Malaysia)|ANDA berminat melanjutkan pengajian ke JMTI? Berita baik buat anda lepasan SPM dan SKM yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Institut Teknikal Jepun-Malaysia atau Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan JMTI 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 4 Mac 2024 hingga tarikh tutup 14 Mei 2024 menerusi Portal Rasmi JTM. Berikut dikongsikan Permohonan JMTI 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan JMTI 2021 Online (Institut Teknikal Jepun-Malaysia)

Sedia maklum, Institut Teknikal Jepun-Malaysia atau Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang menawarkan dua peringkat pengajian kepada pelajar lepasan SPM/SPMV & setaraf untuk program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Permohonan pengambilan kemasukan ke JMTI adalah DUA kali setiap tahun iaitu sesi Januari dan Julai.

Permohonan JMTI 2024 Online (Institut Teknikal Jepun-Malaysia)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan JMTI Januari dan Julai 2024 termasuk syarat kemasukan dan tarikh penting:

Cara Permohonan Kemasukan JMTI 2024 Online

1. Permohonan kemasukan ke JMTI boleh dibuat secara online menerusi pautan seperti berikut:

2. Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul diruangan yang disediakan.

3. Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan.

4. Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan.

Syarat Kemasukan JMTI 2024

Antara syarat-syarat kemasukan am dan akademik JMTI adalah seperti berikut:

A. Syarat Am Kemasukan JMTI

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 17 hingga 35 tahun (semasa memohon)
3. Boleh membaca, menulis & mengira
Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

B. Syarat Program Kemasukan JMTI

A. PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (DTK)

- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer

B. PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (DLTK)

- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik
- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan kemasukan ke JMTI, sila terus hubungi di:

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
E-mel: jtm@mohr.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan JMTI 2024 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke JMTI!

No comments

Powered by Blogger.