Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2023 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong bagi pengajian tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2023 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Rasmi JPA.

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2019/2020

Sedia maklum, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat yang meliputi cara permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2023 Online

1. Permohonan perlu dibuat melalui laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=AGNG.

2. Klik bahagian ‘Daftar’ untuk pendaftaran kali pertama.

3. Isikan maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’

4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.

5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.

6. Muat turun dan turunkan tandatangan borang permohona tersebut.

7. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

Ketua Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA,
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan).

Syarat Kelayakan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2023

A. Kriteria Utama

i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga

B. Syarat Khusus

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
v. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan; dan
vi. Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.

Semakan Keputusan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2023

1. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan temu duga bagi permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2023 boleh disemak bermula 14 Jun hingga 23 Jun 2023 menerusi pautan di https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=AGNG.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BYDPA, sila hubungi di talian 03-8885 3546/ 3053/ 3571 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my.

Selamat membuat permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong!

No comments

Powered by Blogger.