Permohonan HPIPT Selangor 2024 Online (Semakan Status)

Permohonan HPIPT Selangor 2024 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat para pelajar yang menetap di negeri Selangor Darul Ehsan. Untuk makluman anda, permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi IPR Selangor. Berikut dikongsikan Permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan HPIPT Selangor 2021 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, HPIPT merupakan hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan yang mengikuti pengajian peringkat sijil kemahiran tahap 4, diploma atau ijazah sarjana muda.

Permohonan HPIPT Selangor 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan HPIPT Selangor beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Syarat Kelayakan Permohonan Hadiah Pengajian IPT 2024

Antara syarat kelayakan permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin melebihi 11 tahun.

2. Pemohon telah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. Pemohon merupakan pelajar tahun pertama sama ada di UA atau IPTS bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf sahaja.

4. Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga pemohon tidak melebihi RM5,000.

Cara Permohonan HPIPT Selangor 2024 Online

1. Layari laman web HPIPT Selangor secara online menerusi pautan di https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/.

2. Klik butang ‘Permohonan HIPT dan klik butang ‘Daftar Baharu.’

3. Kemudian, masukkan maklumat yang diperlukan dan tandakan syarat-syarat kelayakan di kotak yang disediakan.

4. Seterusnya, klik butang "Daftar Akaun Baharu". Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.

5. Isikan maklumat permohonan dengan lengkap. Klik butang ‘Hantar Kepada Urusetia.’

6. Klik bahagian ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan tersebut. Hantar borang permohonan beserta dokumen ke alamat berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disediakan dan dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

- Salinan Sijil Kelahiran pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon.
- Salinan Sijil Kematian (sekiranya telah meninggal dunia).
- Salinan Surat Perakuan Cerai (sekiranya berkaitan).
- Surat Akuan Sumpah (sekiranya berkaitan).
- Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja) untuk:
◾Pemohon
◾Ibu
◾Bapa
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.
- Salinan Sijil Berhenti sekolah rendah darjah 1-6 dan sekolah menengah tingkatan 1-5.
- Salinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji ibu dan bapa/Penjaga pemohon (jika masih bekerja).
- Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT; atau
- Kad Pesara dan Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan).
- Salinan Penyata Akaun Bank pemohon.
Prosedur

Semakan Keputusan HPIPT Selangor 2024 Online

*Akan dikemaskini

Permohonan HPIPT Selangor 2024 Online (Semakan Status)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan HPIPT Selangor, sila menghubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.

No. Telefon : 03-55447385 / 03-55212306
No. Faks : 03-55104095 / 03-55110659
E-mel : hpipt[at]selangor.gov.my

Selamat membuat Permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Bantuan HPIPT!

No comments

Powered by Blogger.