Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) 2024 Online

Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) 2024 Online|BILAKAH tarikh permohonan bantuan IMAJ tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda Mahasiswa anak Johor yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) Tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan IMAJ 2024 boleh dibuat secara online mulai 12 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024 menerusi Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Berikut dikongsikan Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) 2024 Online

Sedia maklum, IMAJ atau dikenali sebagai Insentif Mahasiswa Anak Johor merupakan insentif yang diwujudkan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) untuk membantu mereka yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi. Pengajian tersebut adalah sama ada mereka melanjutkan pengajian di IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan KYPJ.


Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) termasuk syarat kelayakan dan jumlah bayaran:


Cara Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) 2024 Online

1. Layari Permohonan IMAJ 2024 secara online menerusi pautan di http://bantuan-ypj.com/.

2. Kemudian, klik pada butang ‘Daftar.’

3. Isikan semua butiran maklumat yang diperlukan dan klik pada butang ‘Daftar.’

4. Seterusnya, log masuk semula dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.

5. Lengkapkan maklumat permohonan anda sehingga selesai.

Info Penting:

*Permohonan ini perlu dilakukan secara atas talian sahaja dan tiada borang permohonan disediakan di kaunter YPJ.


Syarat Kelayakan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) 2024

Antara syarat kelayakan untuk mohon bantuan insentif ini adalah seperti berikut:

1. Mestilah Anak Negeri Johor.

2. Terbuka kepada mahasiswa anak Negeri Johor sedia ada yang melanjutkan pengajian di seluruh IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan KYPJ.

3. Telah berdaftar dengan 25 Persatuan Anak Johor di setiap IPT atau Gabungan Mahasiswa Anak Johor.

4. Pengajian sepenuh masa sahaja.


Jumlah Bantuan Insentif Mahasiswa Anak Johor

- Jumlah bantuan yang akan diterima menerusi insentif ini adalah RM50 secara one-off kepada setiap mahasiswa anak Johor.

Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) 2024 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan IMAJ 2024, sila layari laman web YPJ di https://portal.ypj.gov.my.

Semoga perkongsian Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor Tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.