Semakan Keputusan SPM 2023 Online (Tarikh Rasmi)

Semakan Keputusan SPM 2023 Online (Tarikh Rasmi)|BILAKAH tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 bakal diumumkan? Panduan buat calon pelajar Tingkatan lima (5) yang ingin ketahui tarikh sebenar semakan keputusan peperiksaan SPM tahun 2023. Menerusi Portal Rasmi KPM, semakan keputusan SPM 2023 boleh dibuat secara online mulai 27 Mei 2024 (Hari Isnin) jam 10:00 pagi. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan SPM 2023 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan SPM 2022/2023 Online (Tarikh Rasmi)

Sedia maklum, calon dinasihatkan sentiasa melayari Portal Rasmi KPM bagi mendapatkan tarikh sebenar pengumuman keputusan SPM. Bagi calon yang lulus cemerlang dalam keputusan SPM berpeluang melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Awam/ IPTA melalui Permohonan UPUOnline. Untuk makluman, seramai 395,870 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2023 di 3,340 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Semakan Keputusan SPM 2023 Online (Tarikh Rasmi)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan keputusan SPM 2023 secara online dan SMS termasuk tarikh keputusan SPM diumumkan:

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2023 Diumumkan

◾TAHUN 2023: 27 Mei 2024 (Hari Isnin)
◾2022/23: 8 Jun 2023
◾2021: 16 Jun 2022
◾2020: 10 Jun 2021
◾2019: 5 Mac 2020
◾2018: 14 Mac 2019

Cara Semakan Keputusan SPM 2023 Online & SMS

Berikut dikongsikan Cara Semakan Keputusan SPM 2023 secara online dan SMS:

A: SEMAKAN SECARA ONLINE

- Semakan keputusan SPM secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai jam 10.00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga 2 Jun 2024.

- Masukkan No Angka Giliran dan No Kad Pengenalan dan klik pada butang "Hantar".

- Keputusan SPM anda akan dipaparkan di screen anda.

B: SEMAKAN MELALUI SMS

- Semakan keputusan SPM secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan slip peperiksaan SPM 2023 dengan menaip SPM<jarak>No KP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.

- Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024.

Semakan Keputusan SPM 2023 Online (Tarikh Rasmi)

Semakan Keputusan SPM 2023 Online (Tarikh Rasmi)

Cara Mendapatkan Slip Keputusan Penuh SPM 2023

A. Calon Sekolah

◾Pelajar boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

B. Calon Persendirian

◾Pelajar akan dimaklumkan melalui pos atau boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu.

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2023

KLIK 👉 Panduan Semakan Semula Keputusan SPM 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan keputusan SPM Tahun 2023, sila layari pautan di myresultspm.moe.gov.my.

Selamat membuat Semakan Keputusan SPM tahun 2023 secara online! Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2023‼️

2 comments:

Powered by Blogger.