Permohonan DPLI UKM 2023 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan DPLI UKM 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan DPLI UKM 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah ambilan September 2023. Untuk makluman anda, permohonan DPLI UKM 2023 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 30 Jun 2023. Berikut dikongsikan Permohonan DPLI UKM 2023 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Program DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah merupakan kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah. Antara keistimewaan program ini, jadual pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Eksekutif UKM (Mod Cuti Sekolah) dirangka secara sistematik bagi memenuhi perkhidmatan pendidikan berkualiti secara digital dan hibrid selari dengan permintaan pasaran pekerjaan khususnya dalam aliran sains sosial.
Permohonan DPLI UKM 2023 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan DPLI UKM termasuk syarat kelayakan, lokasi pengajian dan semakan keputusan:
Kelebihan Program DPLI Eksekutif UKM
1. Yuran Pengajian berpatutan
2. Dijalankan semasa cuti persekolahan
3. Jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18 bulan)
4. Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi
5. Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Syarat Kelayakan DPLI UKM 2023
Antara Syarat Kelayakan DPLI UKM ambilan 2023 adalah seperti berikut:
1. Pemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.
2. Tiada Ujian MEdSI dan temuduga dijalankan. Temuduga hanya akan dibuat sekiranya PNGK pemohon di bawah 2.5 selain tempoh bekerja juga akan diambil kira.
3. Tiada had umur permohonan.
Lokasi Pengajian
Berikut dikongsikan Senarai Lokasi Pengajian DPLI UKM di Malaysia:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
- Institut Pendidikan Guru Kota Bharu, Kelantan
- Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching, Sarawak
- UCSF Kota Kinabalu, Sabah
Yuran Pengajian
YURAN PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH UKM EKSEKUTIF MOD CUTI SEKOLAH ADALAH SEBANYAK RM 10,200.00
⬛ SEMESTER 1 (RM 3500)
BAYARAN PERTAMA : RM 1500 SEBELUM 02 SEPTEMBER 2022
BAYARAN KEDUA : RM 1000 SEBELUM 25 OKTOBER 2022
BAYARAN KETIGA : RM 1000 SEBELUM 25 NOVEMBER 2022
⬛ SEMESTER 2 (RM 3500)
BAYARAN PERTAMA : RM 1500 SEBELUM 25 FEBRUARI 2023
BAYARAN KEDUA : RM 1000 SEBELUM 25 MAC 2023
BAYARAN KETIGA : RM 1000 SEBELUM 25 APRIL 2023
⬛ SEMESTER 3 (RM 3200)
BAYARAN PERTAMA : RM 1200 SEBELUM 25 OGOS 2023
BAYARAN KEDUA : RM 1000 SEBELUM 25 SEPTEMBER 2023
BAYARAN KETIGA : RM 1000 SEBELUM 25 OKTOBER 2023
Kaedah Bayaran Yuran Pengajian
Pembayaran yuran pengajian boleh dilakukan dengan cara seperti berikut:
1. PORTAL PELAJAR (SISTEM PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN): https://pay.diploma.lmsmalaysia.edu.my/
2. LOG MASUK – rujuk email peribadi yang sama diisi seperti dalam borang permohonan bagi mendapatkan maklumat ID dan KATA LALUAN.
Cara Permohonan DPLI UKM 2023 Online
1. Untuk memuat turun borang permohonan, anda perlu layari pautan di https://koperasisiswazah.com/cara-permohonan-dplie/.
2. Borang Permohonan boleh dihantar secara EMEL (DIGALAKKAN) atau POS:
⬛ Emel: Borang permohonan berserta dokumen (rujuk senarai semakan) dalam BENTUK PDF perlu diemelkan ke: diplomaukm@gmail.com
3. Pastikan diletakkan juga maklumat ini di kandungan emel anda:
- Nama Penuh
- No Kad Pengenalan
- Alamat Emel
- No Telefon (masih aktif)
⬛ Pos: Kepilkan slip bayaran bersama dokumen yang dipos.
4. Borang permohonan dan dokumen (rujuk senarai semakan) perlu diposkan ke alamat:
Koperasi Siswazah Bangi Berhad,
Paras 1, Bangunan Pentadbiran,
Kolej Keris Mas,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor
Semakan Keputusan DPLI UKM 2023 Online
*Akan dikemaskini
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan DPLI UKM, sila hubungi:
Koperasi Siswazah Bangi Berhad: +6018-2290929
Puan Aimi Amalina: +6018-2099650
Cik Ahlam Mohd Kamel: +6014-9244386
ATAU:-
Klik “like” pada laman Facebook Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan sertai group Telegram Intake 2023 untuk memudahkan interaksi antara urusetia program dan bakal pelajar di pautan GROUP TELEGRAM PROGRAM DPLI UKM EKSEKUTIF 2023.
Semoga perkongsian Permohonan DPLI UPSI tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan DPLI UKM!
Post a Comment