Semakan Keputusan UPU 2024/2025 Online (Lepasan STPM/Setaraf)

Semakan Keputusan UPU 2024/2025 Online (Lepasan STPM/Setaraf)|BILAKAH tarikh semakan keputusan UPU sesi 2024 bakal diumumkan? Perhatian buat pemohon Lepasan STPM/Setaraf yang telah membuat permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA/UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA ambilan tahun 2024/2025. Untuk makluman anda, semakan keputusan UPU 2024/2025 (Lepasan STPM/Setaraf) boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 6 September 2024 (Hari Jumaat) jam 12:00 tengahari sehingga 15 September 2024 menerusi Portal Rasmi UPUOnline. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan UPU 2024/2025 Online Lepasan STPM/Setaraf buat rujukan anda.

Semakan Keputusan UPU 2023/2024 Online (Lepasan SPM/STPM)

Sedia maklum, pengesahan setuju atau tolak tawaran pula akan bermula pada 7 hingga 15 September 2024 di laman web IPTA dan ILTA. Pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik mulai 6 September 2024. Tawaran tempat bagi sesi akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA atau ILKA tidak akan dibenarkan.

Semakan Keputusan UPU 2024/2025 Online (Lepasan STPM/Setaraf)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan keputusan UPU 2024 Lepasan STPM/Setaraf secara online dan Aplikasi UPUPocket:

Tarikh Rasmi Keputusan UPU 2024 Diumumkan

◾Tarikh Semakan: 6 September 2024 (Jam 12:00 Tengahari) - 15 September 2024 (Jam 5:00 Petang)
◾Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://upu.mohe.gov.my/

Cara Semakan Keputusan UPU 2024/2025

A. Semakan Secara Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi UPUOnline secara online menerusi pautan di https://upu.mohe.gov.my/.

2. Bagi yang menghadapi kesulitan melayari pautan Rasmi UPUOnline, anda juga boleh layari pautan seperti dibawah:-

3. Masukkan No Kad Pengenalan yang didaftarkan dan klik pada butang "Semak".

4. Keputusan tawaran kemasukan UPUOnline akan dipaparkan di screen anda.

Info Penting:
*Sistem aplikasi semakan akan diaktifkan setelah tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan

B. Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket

- Bagi yang ingin membuat semakan keputusan UPU melalui aplikasi UPUPocket, anda boleh muat turun menerusi Google Play bagi Android dan App Store bagi iOS dan boleh muat turun melalui https://www.upu.mohe.gov.my.

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2024 Online

1. Semakan keputusan rayuan UPU dijangka boleh dibuat secara online pada bulan Oktober 2024 menerusi Portal Rasmi UPUOnline.

2. Tawaran tempat bagi sesi akademik 2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA atau ILKA tidak akan dibenarkan.

Semakan Keputusan UPU 2024/2025 Online (Lepasan STPM/Setaraf)

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Keputusan UPUOnline, sila rujuk maklumat dibawah:

🔴 Hotline UPU: 03-86842363
🔴 Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
🔴 E-mel: upu@mohe.gov.my
🔴 UPUChat: https://upuchat.org/

Selamat membuat Semakan Keputusan UPUOnline tahun 2024 secara online! Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPU!

No comments

Powered by Blogger.