Permohonan Rayuan UPU Sesi 2024/2025 Online (Lepasan SPM)

Borang Permohonan Rayuan UPU Sesi 2024/2025 Online|ADAKAH anda gagal dalam permohonan kemasukan ke UPU sesi 2024/2025? Bilakah tarikh rayuan permohonan UPUOnline 2024 bakal dibuka? Perhatian buat pemohon lepasan SPM yang gagal atau tidak berjaya dalam permohonan kemasukan UPU ambilan tahun 2024/2025. Menerusi Kalendar UPUOnline, permohonan rayuan UPU 2024 bagi Lepasan SPM boleh dibuat secara online mulai 28 Jun 2024 (Hari Jumaat) jam 12:00 tengahari sehingga tarikh tutup pada 7 Julai 2024. Berikut dikongsikan Permohonan Rayuan UPU 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Borang Permohonan Rayuan UPU Sesi 2023/2024 Online

Sedia maklum, permohonan rayuan UPU dibuka kepada pelajar lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf yang gagal dalam permohonan UPU ke IPTA dan Politeknik. Bagi kemasukan ke UA, rayuan boleh dibuat menerusi pautan https://upu.mohe.gov.my manakala untuk rayuan ke Kolej Politeknik dan ILKA, permohonan rayuan boleh dilakukan secara terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Borang Permohonan Rayuan UPU Sesi 2024/2025 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan cara permohonan rayuan UPU 2024/2025 secara online:

Tarikh Penting Permohonan Rayuan UPU 2024

◾Tarikh Permohonan Rayuan: 28 Jun 2024 jam 12:00 tengahari - 7 Julai 2024 jam 5:00 petang 
◾Aplikasi Permohonan Rayuan: https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

Cara Permohonan Rayuan UPU 2024/2025 Online (Lepasan SPM)

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi UPUOnline secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan di ruangan "Log Masuk" untuk membuat semakan terlebih dahulu.

3. Sekiranya anda gagal, anda boleh membuat permohonan rayuan dengan isikan maklumat yang diperlukan.

4. Tawaran tempat bagi sesi akademik 2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.

5. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.

Permohonan Rayuan UPU Sesi 2024/2025 Online (Lepasan SPM)

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2024 Online

1. Semakan keputusan rayuan UPU dijangka boleh dibuat secara online pada bulan Ogos 2024 menerusi Portal Rasmi UPUOnline.

2. Tawaran tempat bagi sesi akademik 2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA atau ILKA tidak akan dibenarkan.

Proses Pemilihan Kemasukan UPU Lepasan SPM & STPM/ Setaraf

Borang Permohonan Rayuan UPU Sesi 2021/2022 Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUONLINE, sila hubungi di:

🔴 Hotline UPU: 03-86842363
🔴 Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
🔴 E-mel: upu@mohe.gov.my
🔴 UPUChat: https://upuchat.org/

Selamat membuat permohonan rayuan UPU sesi 2024 secara online! Semoga anda berjaya dalam membuat permohonan rayuan UPUOnline!

No comments

Powered by Blogger.