Permohonan Rayuan UPU Sesi 2024/2025 Online (Lepasan STPM/Setaraf)

Permohonan Rayuan UPU Sesi 2024/2025 Online|ADAKAH anda gagal dalam permohonan kemasukan ke UPU sesi 2024/2025? Bilakah tarikh rayuan permohonan UPUOnline sesi akademik 2024 bakal dibuka? Perhatian buat pemohon Lepasan STPM/Setaraf yang gagal atau tidak berjaya dalam permohonan kemasukan UPU ambilan tahun 2024/2025. Menerusi Kalendar UPUOnline, permohonan rayuan UPU 2024 bagi Lepasan STPM/Setaraf boleh dibuat secara online mulai 6 September 2024 (Hari Jumaat) jam 12:00 tengahari sehingga tarikh tutup pada 15 September 2024. Berikut dikongsikan Permohonan Rayuan UPU 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Rayuan UPU Sesi 2024/2025 Online (Lepasan STPM/Setaraf)

Sedia maklum, permohonan rayuan UPU dibuka kepada pelajar lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf yang gagal dalam permohonan UPU ke IPTA dan Politeknik. Bagi kemasukan ke Universiti Awam, permohonan rayuan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan https://upu.mohe.gov.my.

Borang Permohonan Rayuan UPU Sesi 2024/2025 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan cara permohonan rayuan UPU 2024/2025 secara online:

Tarikh Penting Permohonan Rayuan UPU 2024

◾Tarikh Permohonan Rayuan: 6 September 2024 jam 12:00 tengahari - 15 September 2024 jam 5:00 petang 
◾Aplikasi Permohonan Rayuan: 

Cara Permohonan Rayuan UPU 2024/2025 Online (Lepasan STPM/Setaraf)

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi UPUOnline secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan pada ruangan "Log Masuk" untuk membuat semakan terlebih dahulu.

3. Sekiranya anda gagal, anda boleh membuat permohonan rayuan dengan isikan maklumat yang diperlukan.

4. Tawaran tempat bagi sesi akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.

5. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.

Permohonan Rayuan UPU Sesi 2024/2025 Online (Lepasan STPM/Setaraf)

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2024 Online

1. Semakan keputusan rayuan UPU dijangka boleh dibuat secara online pada bulan Oktober 2024 menerusi Portal Rasmi UPUOnline.

2. Tawaran tempat bagi sesi akademik 2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA atau ILKA tidak akan dibenarkan.

Proses Pemilihan Kemasukan UPU Lepasan SPM & STPM/ Setaraf

Borang Permohonan Rayuan UPU Sesi 2021/2022 Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUONLINE, sila hubungi di:

🔴 Hotline UPU: 03-86842363
🔴 Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
🔴 E-mel: upu@mohe.gov.my
🔴 UPUChat: https://upuchat.org/

Selamat membuat permohonan rayuan UPU sesi 2024 secara online! Semoga anda berjaya dalam membuat permohonan rayuan UPUOnline!

No comments

Powered by Blogger.