Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2021 Online
Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2021 Online|BILAKAH tarikh permohonan BPKNS 2021 bakal dibuka? Berita baik buat anda rakyat Negeri Sarawak yang berminat membuat permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) sebagai pinjaman pelajaran. Untuk makluman anda, permohonan BPKNS 2021 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 22 Jun 2020 sehingga tarikh tutup 5 Julai 2020 melalui laman sesawang https://escholarship.sarawak.gov.my.
Sedia maklum, Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak atau mudah dikenali sebagai BPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun pengangkutan dan elaun buku, pakaian dan lain-lain.
KLIK 👉 https://escholarship.sarawak.gov.my
2. Bagi pemohon baru, sila klik pada Daftar Akaun Baru Di Sini untuk mendaftar.
3. Manakala bagi anda pernah mohon e-scholarship, sila Log Masuk No. Kad Pengenalan serta Kata Laluan (Log Masuk Bukan Sarawak ID).
4. Bagi anda mempunyai Sarawak ID, sila klik Log Masuk Sarawak ID untuk log masuk (log-in).
5. Kemudian, lengkapkan Maklumat Peribadi Pemohon serta Maklumat Tambahan Pemohon.
6. Seterusnya, klik pada Permohonan dan seterusnya klik pada Permohonan Baru.
7. Sila lengkapkan Maklumat Permohonan Biasiswa. Para pemohon dikehendaki untuk menyemak butiran pemohon dengan teliti.
Info Penting:
- Bagi kemasukan pertama, pemohon wajib mengisi keputusan peperiksaan terkini (SPM)
- Bagi pemohon yang sedang dalam pengajian, keputusan semester terkini wajib untuk diisi
- Maklumat pendapatan yang diisi dalam jumlah PENDAPATAN KASAR
- Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan DITOLAK
- Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil temu duga. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh iklan ditutup, permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA
1. Mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sarawak.
2. Telah mendapat tawaran mengikuti pengajian di peringkat Diploma daripada Universiti Awam atau Politeknik.
3. Terbuka untuk semua bidang pengajian kecuali Pendidikan dan Perubatan.
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
BAHAGIAN BIASISWA PINJAMAN
Tingkat 9 & 10, Wisma Satok, Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak.
No. Tel : 082-236325/ 082-236554
E-mel : bpkns4u@gmail.com
Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) tahun 2021 ini dijadikan panduan buat anda semua!
Sedia maklum, Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak atau mudah dikenali sebagai BPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun pengangkutan dan elaun buku, pakaian dan lain-lain.
Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2021 Online
Berikut dikongsikan maklumat meliputi cara permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak termasuk syarat kelayakan permohonan:Cara Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak Online
1. Layari Portal eScholarship Sarawak secara online menerusi pautan seperti berikut:KLIK 👉 https://escholarship.sarawak.gov.my
2. Bagi pemohon baru, sila klik pada Daftar Akaun Baru Di Sini untuk mendaftar.
3. Manakala bagi anda pernah mohon e-scholarship, sila Log Masuk No. Kad Pengenalan serta Kata Laluan (Log Masuk Bukan Sarawak ID).
4. Bagi anda mempunyai Sarawak ID, sila klik Log Masuk Sarawak ID untuk log masuk (log-in).
5. Kemudian, lengkapkan Maklumat Peribadi Pemohon serta Maklumat Tambahan Pemohon.
6. Seterusnya, klik pada Permohonan dan seterusnya klik pada Permohonan Baru.
7. Sila lengkapkan Maklumat Permohonan Biasiswa. Para pemohon dikehendaki untuk menyemak butiran pemohon dengan teliti.
Info Penting:
- Bagi kemasukan pertama, pemohon wajib mengisi keputusan peperiksaan terkini (SPM)
- Bagi pemohon yang sedang dalam pengajian, keputusan semester terkini wajib untuk diisi
- Maklumat pendapatan yang diisi dalam jumlah PENDAPATAN KASAR
- Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan DITOLAK
- Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil temu duga. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh iklan ditutup, permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA
Syarat Kelayakan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2021
Antara syarat kelayakan permohonan BPKNS adalah seperti berikut:1. Mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sarawak.
2. Telah mendapat tawaran mengikuti pengajian di peringkat Diploma daripada Universiti Awam atau Politeknik.
3. Terbuka untuk semua bidang pengajian kecuali Pendidikan dan Perubatan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BPKNS, sila menghubungi di:SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Post a Comment